Taufan Grace merupakan taufan Kategori 2 yang telah menyumbang kepada taufan yang lebih berkuasa iaitu ribut Perfect. Dibentuk pada 26 Oktober, taufan ini pada mulanya adalah subtropika. Ini membawa maksud, Grace ialah taufan separa tropika dan luar tropika secara semula jadinya. Ia menjadi siklon tropika pada 27 Oktober dan akhirnya memuncak dengan angin berkekuatan 85 knot (160 km/j, 100 batu sejam) pada 29 Oktober.[2] Ribut ini memberi kesan yang kecil di pulau Bermuda selepas melalui bahagian selatan. Satu ribut luar tropika yang terbentuk ke utara telah mengalihkan Grace ke arah timur dan taufan itu akhirnya diserap ke dalam peredaran besar sistem tekanan rendah yang lebih besar.[3] Ribut ini menjadi lebih kuat ketika ia menyedut udara panas daripada sisa–sisa Grace dan udara sejuk ke barat laut dan menjadi ribut nor'easter yang kuat. Ia menghasilkan ombak yang sangat tinggi dan menyebabkan kerosakan yang teruk di kawasan pantai timur Amerika Syarikat.
Sejarah meteorologi
Grace bermula kembali daripada kawasan bertekanan rendah dengan peringkat sederhana yang terbentuk pada 23 Oktober ke selatan Bermuda. Laporan daripada sebuah kapal mengatakan sistem rendah itu menjadi ciri permukaan pada 25 Oktober. Sistem ribut itu pada asalnya mempunyai ciri–ciri subtropika dan pusat edarannya kekurangan daya perolakan untuk beberapa hari. Sistem ini ditetapkan sebagai ribut subtropika pada 26 Oktober. Satu kawasan berawan di Bermuda menjadi semakin berolak dan secara berperingkat menjadi beriring ke dalam peredaran peredaran ribut subtropika yang sedang berkembang dan meluas. Aktiviti ribut petir berterusan di bahagian tengah dan pada 27 Oktober, ribut ini mencapai status ribut tropika dan dinamakan Grace.[4]
Taufan ini menjadi semakin kuat dan berdasarkan kepada anggaran keamatan satelit dan laporan peninjauan, ia telah dinaik taraf kepada taufan Kategori 1, tahap yang terendah dalam Skala Taufan Saffir-Simpson.[5] Grace mencecah keamatan puncaknya dengan angin berkelajuan 85 knot (160 km/j, 100 batu sejam) manakala tekanan barometer pusat minimumnya pula adalah 980 mbar (hPa, 28.94 inHg), di mana ini membawa kepada kedudukan di Kategori 2.[6] Taufan ini bergerak ke arah barat laut sehinggalah pada 28 Oktober, apabila satu siklon luar tropika mula terbentuk di sepanjang perenggan dingin di pantai New England. Ribut tersebut dengan pantasnya meningkat dan mempengaruhi arus taufan Grace dan mengubahnya ke arah timur.[7] Dalam lingkungan waktu yang sama, satu mata ribut yang berkait dengan taufan Grace mula muncul dengan ketara pada imej satelit, walaupun kekurangan aktiviti perolakan yang kuat di sekitar pusat ribut.[8] Grace memecut ketika ia menuju ke arah timur dan mencapai keamatan puncak Kategori 2 pada 29 Oktober. Walau bagaimanapun, pergerakan pesat ribut itu membawa kepada peredaran asimetri. Pusat itu melintasi 80 kilometer (50 batu) selatan Bermuda dengan tanpa kesan yang signifikan.
Taufan Grace beralih ke timur laut pada hari yang sama dan perenggan dingin dengan cepat menghampirinya lalu melemahkan pusat ribut yang lebih rendah. Sistem itu kemudiannya kehilangan status sebagai sistem tropika.[9] Ia bergerak ke utara di sepanjang perenggan dan bergabung dengan siklon yang lebih besar ke utara.[7] Sisa–sisa Grace tidak dapat dibezakan sepenuhnya pada keesokan harinya apabila ia diserap oleh ribut luar tropika pada 30 Oktober.[10] Ribut nor'easter itu menjadi semakin kuat akibat daripada perbezaan suhu di antara udara sejuk ke barat laut serta kehangatan dan kelembapan yang dikaitkan dengan sisa–sisa taufan Grace. Sistem bertekanan rendah itu terus diperendahkan apabila ia dibawa ke arah tenggara dan kemudian barat daya menuju ke Amerika Syarikat. Siklon tersebut mencapai keamatan puncaknya pada 630 kilometer (390 batu) selatan Halifax, Nova Scotia dengan angin sekuat 60 knot (110 km/j, 70 batu sejam). Ribut itu dikenali sebagai ribut Perfect (atau Nor'easter Halloween 1991).[7][10]
Persediaan dan impak
Sebelum taufan Grace mula mengganas, satu amaran ribut tropika telah dikeluarkan untuk Bermuda pada 27 Oktober. Keesokkan harinya, kira–kira 10 jam sebelum ribut itu menghampiri pulau, amaran yang dikeluarkan sebelum ini bertukar kepada satu amaran taufan. Pada 29 Oktober, amaran itu sekali lagi ditukar kepada amaran ribut tropika, yang telah dipinda kepada amaran badai tidak lama selepas itu.[6][11] Pulau Bermuda mengalami jalur hujan dengan cuaca yang berangin ketika ribut tersebut berlaku dan kerpasannya memuncak kepada 3.21 inci (82 mm).[12] Namun begitu, tiada sebarang kerosakan besar dilaporkan.[9] Sebuah kapal layar yang berlayar dari Bermuda ke New York berdepan dengan angin kuat dan sembilan orang penumpang kapal layar itu diselamatkan dengan helikopter pengawal pantai.[13]
Kerana saiznya yang besar, Grace menghasilkan ampulan yang besar di sepanjang pantai timur Amerika Syarikat[9] dengan air pasang yang luar biasa, di mana ombak–ombaknya mencecah ketinggian sekurang–kurangnya 4.6 meter (15 kaki). Walaupun hakisan pantai yang berlaku adalah kecil dan tiada kerosakan harta benda yang besar, Carolina Beach di Carolina Utara telah kehilangan 0.30 meter (1 kaki) pasir.[14]
Walaupun taufan Grace memberikan impak yang kecil, satu ribut nor'easter kemudiaannya menyerang pula dan menyebabkan kerosakan pantai yang teruk, ombak laut yang tinggi dan angin yang kuat. Tiupan angin kuat tersebut dilaporkan berlaku di New England. Ribut tersebut memusar–musarkan lautan untuk beberapa hari dan ombak setinggi 31 meter (101 kaki) telah dilaporkan oleh boya luar pesisiran. Banjir di kawasan pantai juga telah berlaku di sepanjang pantai Atlantik Tengah dan Timur Laut Amerika Syarikat, dengan impak jauh ke utara sehingga Newfoundland dan jauh ke selatan sehingga Jamaica. Ribut nor'easter ini akhirnya beralih kepada taufan lain yang menyerang kawasan darat Nova Scotia.[7] Sebuah kapal yang dikenali sebagai Andrea Gail telah hilang bersama–sama dengan enam anak kapal ketika ribut itu berlaku. Kejadian itu menjadi ilham kepada Sebastian Junger untuk menulis buku berjudul The Perfect Storm pada tahun 1997. Sebuah filem turut dihasilkan selepas tiga tahun buku tersebut diterbitkan.[10][15]
Rujukan
^ ab"Storm name: GRACE" (dalam bahasa Inggeris). Hurricane.com. Dicapai pada 9 Januari 2015.
^"Hurricane Grace" (dalam bahasa Inggeris). Weather Underground. Dicapai pada 9 Januari 2015.
^ abcNational Climatic Data Center (13 November 1991). "The Perfect Storm". Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan. Dicapai pada 13 September 2009.