Tata Motors Limited (Hindi: टाटा मोटर्सcode: hi is deprecated ), sebelum ini TELCO (TATA Engineering and Locomotive Company), (NYSE: TTM) - ialah syarikat pengeluaran kereta penumpang dan kenderaan komersil terbesar India. Ia merupakan sebahagian dari Kumpulan Tata. Tata Motors merupakan salah satu pengeluar kenderaan komersil terbesar di dunia dan terkenal dengan keretahatchbacknyaTata Indica. Ibu pejabatnya terletak di Mumbai, Maharashtra, dan ia mempunyai kilang pengeluaran di Jamshedpur, Lucknow, Pune dan Singur. OICA menempatkannya pada tangga ke-21 dalam senarai pengeluar kenderaan terbesar pada 2006.[6]