Tamadun Zapotec merupakan tamadun pre-Columbia tempatan yang berkembang di Lembah Oaxaca di Mesoamerika. Bukti arkhaeologi menunjukkan tamadun mereka wujud sejak 2,500 tahun dahulu. Zapotec meninggalkan bukti arkhaeologi di bandar purba Monte Albán dalam bentuk bangunan, medan bola Mesoamerika, makam yang menakjubkan dan barangan kubur termasuk perhiasan emas halus. Monte Albán merupakan salah satu bandar utama di Mesoamerika dan pusat negara Zapotec yang menguasai kebanyakan jajahan yang masa kini termasuk dalam negeri Mexico, Oaxaca.
Tamadun Zapotec bermula dari Lembah Oaxaca pada akhir kurun ke-6 BC. Tida lembah dibahagi di antara tiga masyarakat yang berbeza saiz, dijurangi oleh 80 km2 “tanah bebas milik” di tengah, kini diduduki oleh bandar Oaxaca. Bukti arkhaeologi dari tempoh tersebut, seperti kuil terbakar dan pengorbanan tahanan, mencadangkan ketiga-tiga masyarakat bersaing sesama sendiri. Pada akhir fasa Rosario (700–500 BC) penempatan terbesar di lembah tersebut San José Mogote, dan penempatan berhampiran di lembah Etla, kehilangan sebahagian besar penduduk mereka. Dalam tempoh yang sama penempatan besar yang baru muncul di “tanah bebas milik”. Penempatan tersebut, yang dibina di atas gunung mengadap tiga lembah tengah adalah Monte Albán. Persamaan antara tembikar San José Mogote dan awal Monte Albán menunjukkan bahawa orang yang menduduki Monte Albán adalah orang yang sama yang meninggallkan San José Mogote.[2]
Etimologi
Nama Zapotec adalah exonym yang berasal dari Nahuatltzapotēcah, yang bererti penduduk istana sapote". Zapotec memanggil diri mereka snediri dengan variasi istilah Be'ena'aTemplat:Pronunciation-needed, yang bermaksud "Rakyat".
Bahasa
Bahasa Zapotec termasuk dalam keluarga bahasa yang dikenali sebagai bahasa Oto-Manguean, keluarga kuno bahasa Mesoamerika. Ia dianggarkan bahawa pada hari ini bahasa Oto-manguean mencabang keluar dari umbi yang sama sekitar 1500 BC. Bahasa Manguean kemungkinannya berpisah dahulu, di ikuti oleh cabang Oto-Pamean sementara pemecahan bahasa Mixtecan dan bahasa Zapotecan berlaku kemudian lagi.[3] Kumpulan Zapotecan termasuk bahasa Zapotec dan bahasa Chatino yang berkait rapat. Bahasa Zapotec dituturkan dalam sebahagian Sierra Utara, Lembah Tengah termasuk juga sebahagian Sierra Selatan, di Semenanjung Tehuantepec dan sepanjang persisiran pantai Pasifik.[4] Disebabkan pemindahan keluar Zapotec turut dipertututrkan di sebahagian Bandar Mexico dan Los Angeles, CA.
Terdapat tujuh bahasa Zapotec jelas berbeza dan lebih seratus loghat bahasa.
Zapotec merupakan bahasa ton, yang bererti maksud perkataan sering kali ditentukan oleh tinggi rendah suara (tonemes), penting bagi memahami perkataan berlainan. Bahasa Zapotec menonjolkan empat toneme berbeza: tinggi, rendah, menurun, dan menaik.[5]
Perperangan dan penentangan
Pertempuran terakhir antara Aztek dan Zapotecs berlaku sekitar 1497 dan 1502, di bawah pemerintah Aztek, Ahuizotl. Pada masa penaklukan Mexico oleh Spanyol, apabila berita sampai mengenai kekalahan Aztek di tangan Sepanyol, Raja Cosijoeza memerintah rakyatnya untuk tidak menentang Sepanyol untuk mengelah menerima nasib yang serupa. Mereka dikalahkan oleh Sepanyol selepas hanya beberapa kempen antara between 1522 dan 1527. Bagaimanapun, kebangkitan menentang kuasa koloni berlaku pada 1550, 1560 dan 1715.
Marcus, Joyce and Flannery, Kent V. (2000). "Cultural Evolution in Oaxaca: The Origins of the Zapotec and Mixtec Civilizations". Dalam Richard E.W. Adams and Murdo J. Macleod (eds.) (penyunting). The Cambridge History of the Native Peoples of the Americas, Vol. II: Mesoamerica, part 1. Cambridge, UK: Cambridge University Press. m/s. 358–406. ISBN0-521-35165-0. OCLC33359444.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)