Syed Akbar Ali ialah seorang penulis blog di Malaysia. Penulisannya lebih tertumpu kepada perkembangan politik dan isu semasa di Malaysia dan negara lain. Beliau pernah dilantik sebagai anggota Panel Perunding dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi sesi 2011/2013[1].
Karya penulisan
Syed Akbar Ali (2016). Kafir Who. Syed Akbar Ali. ISBN9789671392812.
Syed Akbar Ali (2016). Relevance. Syed Akbar Ali. ISBN9789671392805.
Syed Akbar Ali (2008). Things In Common. Syed Akbar Ali. ISBN9789834261924.
Syed Akbar Ali (2006). Malaysia And The Club Of Doom: The Collapse Of The Islamic Countries. Syed Akbar Ali. ISBN9789834261917.
Syed Akbar Ali (2005). To Digress A Little. Syed Akbar Ali. ISBN9789834261900.
Isu dan kontroversi
Buku diharamkan
Buku tulisannya berjudul Malaysia And The Club Of Doom: The Collapse Of The Islamic Countries yang diterbitkan pada 2006, telah dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia pada 2016[2].
Buku tersebut antara lain pernah menjadi rujukan Presiden Parti Persatuan Cina Malaysia (MCA), Chua Soi Lek untuk membidas pihak yang menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia dengan mengkritik kelemahan-kelamahan negara Islam[3].