Undang-undang syariah atau Islam dilaksanakan separuh dalam sistem undang-undang Filipina dan hanya dapat dikenakan kepada orang Islam. Mahkamah syariah di negara tersebut di bawah penyeliaan Mahkamah Agung Filipina.
Mahkamah syariah di Filipina mempunyai kuasa ke atas Bangsamoro yang majoritinya orang Islam serta bahagian lain Mindanao di luar wilayah autonomi tersebut.
Latar belakang
Sistem mahkamah syariah di Filipina ialah hasal daripada Dekri Presiden 1083 yang dikeluarkan oleh Presiden pada masa itu Ferdinand Marcos pada 7 Februari 1977, yang dikenali sebagai Kod Undang-undang Peribadi Orang Islam atas nasihat Suruhanjaya Penyepaduan Kebangsaan yang kini dibubar.[1]
Mahkamah syariah di bawah penyeliaan pentadbiran Mahkamah Agung Filipina.[2] Syariah di negara tersebut hanya menangani dengan hukum adat dan peribadi orang Islam[3] dan tidak memasukkan undang-undang jenayah.
Akta Republik 6734, yang merupakan Undang-undang Organik Wilayah Autonomi Islam Mindanao mengiktiraf dua mahkamah daerah di bawah wilayah autonomi yang kini dibubar dan juga menyediakan untuk penubuhan sebuah Mahkamah Rayuan Syariah,[4] walau bagaimanpun mahkamah tersebut tidak pernah didirikan.
Undang-undang Organik yang berkhidmat sebagai asas Wilayah Autonomi Bangsamoro Islam Mindanao menyediakan pembentukan Mahkamah Tinggi Syariah bagi wilayah tersebut.[5]
Rujukan