Superstruktur (bahasa Inggeris: superstructurecode: en is deprecated ) ialah sambungan menaik pada struktur tersedia di atas garis dasar. Istilah ini digunakan untuk struktur fizikal seperti bangunan, jambatan atau kapal, dan untuk struktur konseptual (contoh: sains sosial). Perkataan superstructure ialah gabungan perkataan "super" (bahasa Latin untuk "atas, tambahan") dan perkataan "structure" (bahasa Latin untuk "membina").
Terdapat dua bahagian superstruktur untuk kapal[1]:
Kekota belakang - Superstruktur yang dipasang di geladak atas bahagian buritan kapal.
Kekota depan - Superstruktur yang dipasang di geladak atas bahagian haluan kapal.