Sunjo dari Joseon (Jawi: سونجو دري جوسونcode: ms is deprecated ; 29 Julai 1790 - 13 Disember 1834, memerintah 1800-1834) ialah raja ke-23 Dinasti JoseonKorea. Baginda dilahirkan dengan gelaran Yang Mulia Putera Yi Gong. Sunjo ialah putera ke-2 Raja Jeongjo dengan Puan Besar Subin, salah seorang gundik Raja Jeongjo.
Biografi
Sunjo naik takhta pada usia 10 tahun pada tahun 1800 setelah kemangkatan ayahnya, Raja Jeongjo.
Pada tahun 1802, Raja Sunjo mengahwini Puan Besar Kim dari Andong, yang dikenali selepas kematian sebagai Permaisuri Sunwon, anak perempuan Kim Jo-sun yang merupakan pemimpin klan Andong Kim.
Sejak naik takhta pada usia muda, Permaisuri Balu Jeongsun, permaisuri kedua Raja Yeongjo, memerintah sebagai pemangku raja, yang memungkinkannya memegang kekuasaan atas urusan negara. Walaupun Raja Sunjo berusaha untuk mereformasi politik, prinsip-prinsip asas pemerintahannya pula merosot. Peperiksaan negara menjadi tidak teratur dan penyelewengan dalam pentadbiran pegawai pemerintah kerap berlaku. Ini mengakibatkan kekacauan dalam masyarakat dan pelbagai rusuhan meletus di kalangan masyarakat, termasuk pemberontakan oleh Hong Gyeong-nae pada tahun 1811-1812. Ogajaktongbeop (五 家 作 統 法), sistem pendaftaran banci untuk mengumpulkan lima rumah sebagai satu unit, dilakukan pada masa ini, dan penindasan terhadap Rom Katolik pula bermula dengan dahsyat.[1]
Raja Sunjo mangkat setelah memerintah selama 35 tahun pada tahun 1834 ketika berusia 44 tahun. Baginda pertama kali dimakamkan di sebelah Jangneung, Paju, makam Raja Injo dan Permaisuri Inyeo tetapi kemudian dipindahkan ke Illeung, Seoul kerana Feng Shui di lokasi lama dianggap tidak menguntungkan.[2]
# menunjukkan bahawa raja digulingkan dan tidak pernah menerima nama kuil.
^Mereka yang disenaraikan bukanlah raja yang memerintah tetapi diiktiraf setelah kemangkatan; tahun tertera bermaksud tahun pengiktirafan.
^Hanya Putera Mahkota yang tidak menjadi raja disenaraikan; tahun pertama menunjukkan ketika seseorang secara rasmi menjadi pewaris sah dan tahun terakhir adalah ketika mangkat/digulingkan. Mereka yang naik takhta dikeluarkan dalam senarai ini untuk dipermudahka.
^Gelaran yang diberikan kepada ayahanda kandung, yang tidak pernah memerintah, kepada raja-raja yang dijadikan anakanda angkat sebagai pewaris kepada raja sebelumnya.
^Raja Korea secara de jure pada era itu ialah Maharaja Jepun, sementara bekas maharaja Korea diberi gelaran bangsawan "Raja Yi" sebagai ganti.