Sungai Yenisei (Rusia: Енисе́йcode: ru is deprecated , Jenisej; Bahasa Mongolia: [Енисей мөрөн, Yenisei mörön] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); bahasa Buryat: Горлог мүрэн, Gorlog müren; bahasa Tuva: Улуг-Хем, Ulug-Khem; bahasa Khakas: Ким суг, Kim sug[2]), juga dirumikan sebagai Yenisey, Enisei, Jenisej,[3] ialah sistem sungai terbesar yang mengalir ke dalam Lautan Artik. Sungai ini merupakan sungai tengah antara ketiga-tiga sungai besar Siberia yang mengalir ke dalam Lautan Artik (yang lagi merupakan Sungai Ob dan Sungai Lena). Dengan punca di Mongolia, Sungai Yenisei mengikuti laluan mengutara ke Teluk Yenisei di Laut Kara, menyalirkan sebahagian besar Siberia tengah, saliran terpanjang yang mengikuti sistem sungai Yenisei-Angara-Selenga-Ider.
Kedalaman maksimum Sungai Yenisei ialah 24 meter (80 ka) dan kedalaman puratanya ialah 14 meter (45 ka). Kedalaman aliran keluar ialah 32 meter (106 ka) dan untuk aliran masuk ialah 31 meter (101 ka).[Penjelasan diperlukan]
Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Yenisei". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 28 (ed. ke-11). Cambridge University Press.