Sungai Kerum (Jawi: سوڠاي كروم; ataupun dikenali juga sebagai Sungei Keram) merupakan sebatang sungai yang terletak di Daerah Jerantut, iaitu di negeri Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 150 km (93 bt) ke arah barat ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sungai Kerum juga merupakan anak sungai kepada Sungai Tekai dalam lembangan Sungai Tembeling dan terus mengalir ke Sungai Pahang.[1][2]
Sejarah
Sungai Kerum telah pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu Malaysia, 1:63 360 siri L7010 yang diterbitkan pada tahun 1966. Sungai Kerum juga telah dipaparkan dalam peta terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) iaitu, Semenanjung Malaysia 1:50 000 siri MY502A dalam lembar Sungai Tekai dengan nombor lembar BV31.[3][4]
Ciri-ciri fizikal
Sungai Kerum berpunca daripada kawasan perhutanan primer di bukit tanpa nama di Hutan Simpan Tekai Tembeling dalam Daerah Jerantut, Pahang. Pada hulu sungai ini, ia dijadikan sebagai trek jalan bagi runut berkenderaan bermotor yang menghala dan juga menuju ke Kampung Mat Daling. Sungai ini bakal bercantum bersama Sungai Tekai sebagaimana ia penamat bagi Sungai Kerum dan terus ke Sungai Tembeling.[1][5]
Sungai Kerum mengalir sepanjang kira-kira 40.5 km (25.2 bt) daripada hulu sehingga hilir sungainya.[5] Punca bagi Sungai Kerum terletak ketinggiannya di antara 470 dan 480 m (1,540 dan 1,570 ka) dari paras laut manakala ketinggian muara sungainya ialah terletak di antara 0 dan 20 m (0 dan 66 ka) dari paras laut.[3][4]
Ciri-ciri lembangan
Sungai Kerum merupakan salah satu sebahagian daripada sistem lembangan Sungai Tekai yang terletak di Mukim Ulu Tembeling.[4][5] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Tekai terletak di antara Sungai Kelulut dan Sungai Pelanduk.[1][4] Pemerhatian muka bumi daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mendedahkan kurang dari satu yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Kerum.[6] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Kerum dilitupi oleh kawasan berhutan yang tebal. Tiada petempatan manusia yang terbina sekitar sungai tersebut.[6]
Terdapat dua anak sungai di Sungai Kerum iaitu:
Rujukan