Sturmbannführer

Sturmbannführer

Lencana
kolar


Lencana
bahu
Lencana
celoreng
Negara
Jerman Nazi
Cabang perkhidmatan
Kumpulan pangkat Pegawai kanan
Singkatan Stubaf
Diperkenalkan 1921
Dimansuhkan 1945
Kod
NATO
OF-3
Pangkat tinggi seterusnya

Obersturmbannführer

Pangkat rendah seterusnya

Hauptsturmführer

Persamaan pangkat Major

Sturmbannführer (bahasa Jerman: [ˈʃtʊʁmbanˌfyːʁɐ]; har. pemimpin unit gempur[1]) ialah pangkat separa tentera Parti Nazi yang bersamaan dengan pangkat mejar[2] yang digunakan dalam beberapa organisasi Nazi, seperti SA, SS, dan NSFK. Pangkat ini berasal dari unit pasukan gempur Jerman semasa Perang Dunia Pertama.

Max Hansen, Sturmbannführer Waffen-SS

Gelaran SA Sturmbannführer pertama kali diwujudkan pada 1921. Pada tahun 1928, gelaran itu menjadi pangkat sebenar dan juga merupakan salah satu pangkat SS yang terawal dizahirkan.[3] Tanda pangkat Sturmbannführer berupa empat paku perak yang disusun pada lapik kolar.[2] Pangkat ini berada dibawah Standartenführer sehingga tahun 1932, selepas itu Sturmbannführer menjadi subordinat kepada pangkat baru Obersturmbannführer.[3] Di dalam Waffen-SS, Sturmbannführer dianggap bersamaan dengan pangkat mejar dalam Wehrmacht Jerman.[4]

Pelbagai unit Waffen-SS terdiri daripada rekrut asing dianggap berbeza daripada SS Jerman, dan oleh itu mereka tidak dibenarkan memakai rune SS pada tanda kolar mereka tetapi dibenarkan sebagai lambang divisyen mereka. Pangkat mereka juga ditambah dengan perkataan "Waffen" bukan"SS", seperti, Waffen-Sturmbannführer.[5]

Pangkat itu dipegang oleh Wernher von Braun, yang membangunkan roket V-2, dan kemudian mencipta roket Saturn V untuk program angkasa AS. Pemegang pangkat lain termasuk Eberhard Heder, Otto Günsche,[6] dan penjenayah perang, seperti Otto Förschner, yang merupakan komandan kem tahanan Dora-Mittelbau.

Lencana pangkat

Sturmbannführer SS, SA, NSKK, dan NSFK
Lencana pangkat

Schutzstaffel (SS)

Sturmabteilung (SA)

Kor Motor NS (NSKK)

Kor Penerbang NS (NSFK)

Waffen-SS lencana kolar
Perbandingan turutan pangkat dengan Wehrmacht (Heer)
Pangkat junior
Hauptsturmführer
(sehingga 1939/40: Sturmhauptführer)
Pangkat SA
Sturmbannführer
Pangkat senior
Obersturmbannführer
Pangkat junior
Hauptsturmführer
(sehingga 1934: Sturmhauptführer)
Pangkat SS
Sturmbannführer
Pangkat senior
Obersturmbannführer
Pangkat junior
Hauptmann / Rittmeister
Pangkat Wehrmacht
Major
Pangkat enior
Oberstleutnant

Lihat juga

Petikan

  1. ^ McNab 2009b, m/s. 15.
  2. ^ a b Flaherty 2004, m/s. 148.
  3. ^ a b McNab 2009, m/s. 29, 30.
  4. ^ Stein 1984, m/s. 297.
  5. ^ Stein 1984, m/s. 155.
  6. ^ Joachimsthaler 1999, m/s. 281.

Bibliografi

  • Flaherty, T. H. (2004) [1988]. The Third Reich: The SS. Time-Life Books, Inc. ISBN 1-84447-073-3.
  • Joachimsthaler, Anton (1999) [1995]. The Last Days of Hitler: The Legends, the Evidence, the Truth. Trans. Helmut Bögler. London: Brockhampton Press. ISBN 978-1-86019-902-8.
  • McNab, Chris (2009). The SS: 1923–1945. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-49-5.
  • McNab, Chris (2009b). The Third Reich. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-51-8.
  • Stein, George (1984) [1966]. The Waffen-SS: Hitler's Elite Guard at War 1939–1945. Cornell University Press. ISBN 0-8014-9275-0.