Stesen janakuasa ini menggunakan tenaga arang batu. Sebahagian arang batu ini diambil dari Sarawak. TNB juga mengimport arang batu berkualiti dari Australia, Amerika Syarikat, Kanada dan China. TNB akan mengunakan 1.5 juta tan arang batu setiap tahun.
Bagi mengawal abu dan debu asap berterbangan di atmosfera, penerima elektrostatik digunakan bagi memerangkap 99 % asap dan debu yang berterbangan. Cerobong setinggi 175 meter dibina yang menepati piawaiWHO. Ini kerana stesen kuasa ini terletak di dalam laluan perjalanan burung yang berhijrah.