Skye (Hangul: 스카이code: ko is deprecated ; Jepun: スカイ; dahulunya dikenali sebagai In2It; Hangul: 인투잇code: ko is deprecated )[1] adalah kumpulan lelaki dari Korea Selatan. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang ahli iaitu; Yoo Ji-ahn, Jung Yeon-tae, Hwang In-ho, Han Hyun-uk, Lee In-pyo dan Isaac Voo yang sebelum ini menyertai rancangan survival MnetBoys24 pada tahun 2016.[2][3] Kumpulan ini debut pada 26 Oktober 2017 dengan album mini pertama mereka Carpe Diem dengan single utama, "Amazing".[4] Salah seorang ahli iaitu Isaac Voo merupakan artis Kpop pertama yang berwarganegara Malaysia. Pada asalnya lapan orang ahli, Kim Jin-sub meninggalkan kumpulan pada 26 Mac 2018 manakala Kim Sung-hyun meninggalkan kumpulan pada 4 September 2019.[5][6]
Nama
Nama kumpulan, In2It, memberikan makna langsung "Intuit" serta frasa "In to it" yang membawa bersama-sama makna "the boys will make fans fall into their intuitive charms".[7]
Sejarah
Pra-debut: Boys24
Semua ahli In2It berasal dari program pra-debut Boys24, yang membuat sejumlah 260 persembahan konsert sepanjang satu tahun dan enam bulan persembahan dan latihan Konsert Mesa Hall dari awal tahun 2016 hingga akhir tahun 2017.[8] Pada awal tahun 2016, sejumlah 5,500 pemohon telah mengikuti ujian untuk Boys24, yang hanya sebilangan kecil (kurang daripada tiga puluh orang) dipilih sebagai ahli Boys24 untuk mendaftar dalam program selama satu tahun dan enam bulan. Selepas Boys24 The Final, lapan ahli dipilih untuk debut dalam kumpulan In2It.[9]
2017: Debut dengan Carpe Diem
Kumpulan ini debut dengan album mini pertama mereka Carpe Diem yang menandakan perubahan dari 'kanak-kanak' ke 'lelaki'. Album mini pertama ini telah dikeluarkan pada 26 oktober 2017, terdiri daripada lagu-lagu yang dihasilkan dari komposer Duble Sidekick, Cha Cha Malone dan Paul Rein. Single utama Amazing adalah lagu pop-tarian dengan suara perangkap dingin dalam rentak tropis.[10] Video muzik untuk single utama "Amazing" telah difilemkan di Kolsai Lake National Park, Kazakhstan, pada 13 September 2017.[11][12]
Kumpulan ini membuat debut mereka di M Countdown pada 26 Oktober 2017 dengan single utama "Amazing" dari album Carpe Diem, dan pada 9 November lagu ini berada di tempat kelima pada carta M Countdown.[13] Kumpulan ini mengadakan 'In2It showcase "Carpe Diem" di Jepun' dari 3 Disember hingga 10 Disember 2017 [14] Kumpulan ink mengadakan empat konsert yang dinamakan "In2It Winter Paradise" di Korea Selatan pada 24 dan 25 Disember 2017.[15] Kumpulan ini menghadiri "2018 Taipei High City" Parti Malam Tahun Baru pada 31 Disember 2017.[16]
2018: Jelajah asia pertama, Jin-sub mininggalkan kumpulan, Snapshot dan Into The Night Fever
Kumpulan ini melakukan Jelajah Asia pertama mereka ke Singapura, Malaysia dan Indonesia pada 2 Februari, 4 Februari dan 10 Februari 2018.[17]
Pada 26 Mac, MMO Entertainment mengumumkan bahawa Kim Jin-sub tidak akan meneruskan aktiviti bersama dengan kumpulan ini kerana dia telah menderita penyakit Ménière's disease.[18]
Pada 19 April, kumpulan ini telah mengeluarkan single pertama mereka Snapshot dengan single utama dengan nama yang sama.[19] Mereka melakukan persembahan dengan lagu "Snapshot" serta "Be Bop Baby" di KCON Japan pada 15 April 2018 menjelang comeback mereka.[20] Mereka seterusnya membuat persembahan di "Power of K Live" di Jepun pada 30 April[21][22] dan di "Dream Concert" yang diadakan di Seoul World Cup Stadium pada 12 Mei 2018.[23]
Pada 26 Julai, Kumpulan ini telah mengeluarkan single kedua mereka Into The Night Fever dengan single utama "Sorry For My English".[24] Kumpulan ini membuat persembahan di Korea Music Festival yang diadakan di Sky Gocheok Stadium pada 1 Ogos 2018.[25] Kumpulan ini membuat persembahan di KCON LA pada 11 Ogos 2018.[26]
2019: Run Away, Sunghyun meninggalkan kumpulan dan Puzzle
Pada 6 Ogos, kumpulan ini telah mengeluarkan single digital pertama mereka "Run Away".[27]
Pada 4 September, diumumkan bahawa Sunghyun akan meninggalkan kumpulan ini.[6]
Pada 14 November, kumpulan ini telah mengeluarkan album single ketiga mereka Puzzle dengan single utama "ULlala: Poisoning".
2020–2022: Meninggalkan MMO dan perkhidmatan ketenteraan
Selepas perbincangan dengan kedua-dua ahli dan agensi mereka, kontrak kumpulan telah ditamatkan pada 31 Januari 2020 dan kumpulan ink akan bergerak ke hadapan secara bebas.[28]
Disebabkan Covid-19, ahli Korea memutuskan untuk menunaikan perkhidmatan ketenteraan wajib mereka bersama-sama manakala ahli mereka daripada Malaysia iaitu Isaac tinggal di negara asalnya Malaysia buat masa ini. Ketua mereka Inpyo kembali dari tentera pada 8 Mei 2022 sejurus selepas menamatkan persembahan terakhirnya untuk muzikal tentera "A Song Of Meissa" di mana dia mengambil bahagian bersama rakan ahli In2it Hyunuk dan ChanyeolEXO.[29]
Jiahn, Inpyo dan Hyunuk mengadakan perjumpaan peminat dalam talian dan luar talian[30] semasa Isaac masih di Malaysia bersiap untuk debut solonya selepas menandatangani kontrak solo dengan Prodigee Asia.[31] Yeontae telah menamatkan perkhidmatan tenteranya pada bulan Ogos 2022, manakala Inho menamatkan perkhidmatan tenteranya pada bulan September 2022.
2023–kini: Perubahan nama dan sub-unit pertama
Pada 16 Mac 2023, telah diumumkan bahawa In2it akan dijenamakan semula di bawah nama kumpulan baharu, SKYE.[32]
Pada 4 April, kumpulan itu mengumumkan single "A New Beginning" yang akan dikeluarkan pada 21 Jun.[33]
Pada 5 Ogos, mereka mendedahkan sub-unit pertama mereka CoA dengan ahli Jiahn dan Yeontae.[34] Ia kemudiannya diumumkan bahawa "A New Beginning" akan menjadi single debut Jepun CoA yang akan dikeluarkan pada 29 September.[35][36]
"2018년 01월 Album Chart. See #66". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association.CS1 maint: unrecognized language (link)