Rencana ini mengenai skala suhu. Untuk kitaran termodinamik terunggul bagi enjin wap, sila lihat kitaran Rankine. Untuk skala yang mengukur pemulihan selepas strok, sila lihat Skala Rankin Terubah Suai.
Simbol bagi darjah Rankine ialah °R[2] (atau °Ra jika perlu membezakannya daripada skala Rømer dan Réaumur). Dengan beranalogi kepada unit SI, kelvin, beberapa pengarang mengistilahkan unit rankine, membuang simbol darjah.[3][4] Sifar pada kedua-dua skala Kelvin dan Rankine adalah sifar mutlak, tetapi perbezaan suhu bagi satu darjah Rankine ditakrifkan sama dengan satu darjah Fahrenheit, berbanding darjah Celsius yang digunakan pada skala Kelvin. Oleh itu, suhu 0 K (−273.15 °C; −459.67 °F) adalah sama dengan 0 °R, dan suhu −458.67 °F sama dengan 1 °R.
Beberapa suhu penting berkaitan skala Rankine dengan skala suhu lain ditunjuk di jadual di bawah.
Kelvin
Celsius
Fahrenheit
Rankine
Sifar mutlak (mengikut takrifam)
0 K
−273.15 °C
−459.67 °F
0 °R
Takat beku air garam (takat sifar skala Fahrenheit, takrifan lama)
^Takat ais bagi air tulen telah diukur 0.000089(10) darjah Celsius – lihat Magnum 1995
^Bagi Air Lautan Min Piawai Vienna pada satu atmosfera piawai (101.325 kPa) apabila ditentu ukur semata-mata per takrifan dua takat suhu termodinamik. Takrifan lama skaka Celsius pernah mentakrifkan takat didih air di bawah satu atmosfera piawai sebagai tepat 100 °C. Walau bagaimanapun, hasil takrifan kini dalam takat didih iaitu sebenarnya 16.1 mK kurant. Untuk mengetahui lanjut tentang takat didih air yang sebenar, lihat VSMOW dalam ukuran suhu.