Shilling adalah unit mata wang moden yang sebelumnya digunakan di Austria (Schilling) serta negara-negara Komanwel lain.
Unit ini masih digunakan kini sebagai mata wang di empat negara Afrika Timur. Ia juga merupakan asal kepada terbentuknya perkataan "duit syiling" yang menggambarkan bentuk wang logam kecil (berbanding "wang kertas") dalam bahasa Melayu.
Penamaan
Perkataan shilling berasal dari bahasa Inggeris lama "Scilling", istilah wang bernilai seperdua puluh paun, dari akar Proto-Germanic skiljaną yang bermaksud 'memisahkan, membelah, membahagi', dari (s)kelH- 'memotong, memecah' (to cut, split). Perkataan ini pertama kali disebut dalam kod undang-undang Jermanik terawal dicatat pada zaman Raja Æthelberht yang memerintah Kent melalui perkataan scilling, ia dahulunya terpadan dengan nilai kepingan solidus yang wujud zaman purbakala lagi-lagi dengan adanya Empayar Rom Timur.
Sejarah penggunaan
Di United Kingdom
Ia merupakan sebahagian daripada sistem wang kecil yang pernah diterapkan dalam mata wang paun sterlingUnited Kingdom: 1 paun bersamaan dengan 20 shilling, 1 shilling pula bersamaan dengan 12 penny atau setengah florin. Nilai mata shilling ini pula sering ditandakan dengan garis miring atau "/".
Sistem ini digunakan sehingga ia terganti semasa rancangan desimalisasi pada tahun 1971, nilai shilling pula disuaikan dengan kepingan 5 penny.