Penny ialah suatu subunit mata wang. Ia lazimnya unit terkecil dalam mata wang yang dibahagikan ini. Ia merupakan kesinambungan daripada unit denarius yang diteruskan dari zaman Rom Purba semasa zaman pemerintahan Charlemagne ke atas banyak kawasan Eropah ketika itu.
Nama unit ini turunan bahasa Inggeris Kunopenicode: ang is deprecated pertama kalinya dalam suatu manuskrip bahasa Scots tahun 1394,[n 1] Ada banyak teori berpincang mengenai asal-usul peni ini, sama ada dari *panding dalam bahasa Frank Hilir turunan Bahasa Jerman Hulu Kunopfantcode: goh is deprecated "gadaian" (pawn, sebagai tanda perjanjian membayar pinjaman harta), *panning "kuali" (frying pan) ataupun turunan *ponding serapan bahasa Latinponduscode: la is deprecated .[2] Ada juga usulan yang menyatakan bahawa ia serapan bahasa Punicpane atau pene "muka" yakni merujuk kepada wajah dewi Tanit yang menghiasi semua kepingan wang di Carthage.[3]
Kegunaan
Di United Kingdom
Penny sterling adalah suatu subbahagian pada Paun Sterling, matawang untuk United Kingdom. Ia kini adalah 1⁄100 pada satu pound, tetapi secara sejarah adalah 1⁄240 pada satu pound dalam penny sterling lama. Ia dahulunya mmepunyai dua subunit lebih kecil iaitu farthing (¼d) dan half penny: 1 penny bersamaan dengan 4 farthing atau 2 half-penny; kedua-dua unit kecil ini dimansuhkan pada 1971 melalui langkah desimalisasi mata wang pound.
Saham-saham sering didagang menggunakan penny daripada pound dan bursa saham sering mengguna GBX untuk mengindikasikan bahawa ini adalah kesnya untuk saham yang diberi daripada menggunakan tanda mata wang GBP ISO 4217 untuk pound sterling.
Di Amerika Syarikat
"Penny" ialah nama tidak rasmi untuk sen Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: centcode: en is deprecated ,[4] simbol: ¢) iaitu subunit kecil dolarAmerika Syarikat. 1 dolar dibahagikan kepada 100 sen atau 100 penny duit ini.
Inflasi yang beransur-ansur sejak abad ke-19 menjadikan nilai kepingan ini sudah tidak setara harga zink yang menjadi bahan mentah menghasilkan kepingan ini; sebanyak USD2.06 dibelanjakan untuk menghasilkan sekeping 1¢ selewat tahun 2018.[5] Ia juga tidak digemari kerana beberapa masalah lain yang ditimbulkan seperti:
risiko bahaya kepada haiwan atau anak-anak yang tertelan secara tidak sengaja,[7]
cara perlombongan logam zink yang membahayakan kesihatan manusia dan mengancam alam sekitar.
Banyak langkah percubaan yang dilakukan untuk mendesak Pemerintah Amerika Syarikat memansuhkan penggunaan kepingan 1¢, namun ia ada mendapat tentangan daripada satu-satunya pembekal zink mentah negara tersebut yang melobi menentang penolakan sedemikian.[8]
^Slater, J. (1952), Early Scots Texts, Edinburgh: University of Edinburgh Press.
^"penny, n.", Oxford English Dictionary, 3rd ed., 2005.
^Vennemann, Theo (2013). "Ne'er-a-Face: A Note on the Etymology of Penny, with an Appendix on the Etymology of Pane". Dalam Patrizia Noel Aziz Hanna (penyunting). Germania Semitica. Trends in Linguistics: Studies and Monographs, No. 259. Walter de Gruyter. m/s. 467. ISBN978-3-11-030109-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2017. Dicapai pada 8 Februari 2016..