Sfinks Agung Giza (Jawi: سفينکس اڬوڠ ݢيزاcode: ms is deprecated ) ialah sebuah tugu batu kapur berbentuk sfinks yang berbaring. Sfinks sendiri merupakan makhluk mitos berkepala manusia dan bertubuh singa.[1] Ia menghadap lurus dari barat ke timur, dan terletak di Dataran Tinggi Giza di tebing barat Sungai Nil di Giza, Mesir. Wajah Sfinks ini dipercayai mewakili firaun Khafre.[2]
Bentuk asli Sfinks adalah hasil pemotongan dari batuan dasar, dan sejak semasa itu telah dipulihkan dengan lapisan blok batu kapur.[3] Sfinks ini mempunyai panjang 73 meter dari kaki hadapan ke ekor, tinggi 20 meter dari pangkal tubuh ke puncak kepala, dan lebar 19 meter di bahagian paha belakangnya.[4] Hidungnya patah atas sebab yang tidak diketahui antara abad ke-3 dan ke-10 Masihi.
Sfinks merupakan patung monumental tertua yang diketahui di Mesir dan salah satu patung yang paling terkenal di dunia. Bukti arkeologi menunjukkan bahawa patung ini dibuat oleh orang Mesir kuno dari Kerajaan Lama selama masa pemerintahan Khafre (sekitar 2558-2532 SM).[5][6][7]
Nama
Nama asal yang diberikan oleh pencipta semasa Kerajaan Lama untuk Sfinks tidak diketahui, kerana kuil Sfinks, kandang dan mungkin Sfinks itu sendiri tidak disiapkan pada masa itu, dan oleh itu bahan budaya adalah terhad.[8] Di Kerajaan Baru, Sfinks dihormati sebagai dewa suriaHor-em-akhet ("Horus dari Ufuk"; Dihellenkan: Harmachis),[9] dan firaun Thutmose IV (1401–1391 atau 1397–1388 SM) secara khusus merujuk kepadanya seperti itu dalam Prasasti Mimpi.[10]
Nama yang biasa digunakan "Sfinks" telah diberikan kepadanya pada baharian klasik, kira-kira 2,000 tahun selepas tarikh yang diterima umum pembinaannya dengan merujuk kepada Binatang mitologi Yunani dengan kepala wanita, helang, kucing, atau biri-biri dan berbadan singa dengan bersayap helang. (walaupun, seperti kebanyakan Sfinks Mesir, Sfinks Agung mempunyai kepala lelaki dan tiada sayap).[11] Perkataan sfinks berasal daripada Yunani kuno Σφίγξ (ditransliterasi: sfinx) rupanya dari kata kerja σφίγγω (ditransliterasi: sphingo / menghimpit), sempena sfinks Yunani yang mencekik sesiapa yang gagal menjawab teka-tekinya.
Penulis Arab zaman pertengahan, termasuk al-Maqrīzī, memanggil Sphinx dengan nama bahasa Arab QibtiBelhib (Arab: بلهيبcode: ar is deprecated ), Balhubah (Arab: بلهوبهcode: ar is deprecated ) Belhawiyya (Arab: بلهويهcode: ar is deprecated ),[12][13] yang seterusnya berasal dari Pehor atau Pehor(o)n, nama bagi dewa orang KanaanHauron. Ia juga diterjemahkan sebagai Ablehon pada gambaran Sfinks yang dibuat oleh François de La Boullaye-Le Gouz.[14] Nama Arab Mesir moden ialah أبو الهول (ʼabu alhōl / ʼabu alhawl IPA: [ʔabulhoːl], "Yang Mengerikan"; secara harfiah "Bapa Ketakutan") yang merupakan padanan fonosemantik bagi nama Qibti.[15]