Pada 10 Februari 2024, hari pertama Tahun Baharu Cina, seorang lelaki dilaporkan menyerang beramai-ramai penduduk Kampung Zhaike, sebuah penempatan di Kaunti Ju, Daerah Rizhao di Shandong, China, dengan pisau besar seperti lading dan beberapa jenis senjata api. Beberapa media akhbar menyebut peristiwa ini dengan nama lain seperti pembunuhan beramai-ramai Kaunti Ju (Cina ringkas: 莒县惨案) atau pembunuhan beramai-ramai Kampung Zhaike. Kekecohan berdarah itu telah menjejaskan sekurang-kurangnya 21 mangsa terbunuh, salah seorang di antarannya ialah doktor dan dua pegawai polis tempatan,[1][2] dan ramai lagi cedera. Rincian pertumpahan darah yang berlaku masih belum ada kepastian kerana mendapat penapisan ketat dari pentadbir republik.[3] Beberapa pihak mensyak selepas wawancara dengan penduduk kampung, bahawa penyerang tidak berbuat jenayah sendirian melainkan disokong oleh beberapa rakannya.
Serangan
Mendekati tengah malam pada 9 Februari, di akhir Tahun Baharu China,[4] seorang pria yang mulai sepuh menyelinap ke Kampung Zhaike (Cina ringkas: 宅科村), Pekan Kecil Luohe (Cina ringkas: 洛河镇), Kaunti Ju dari Daerah Rizhao. Dia masuk ke dalam rumah semasa penghuninya sedang berbaring di atas katil dan menyeret dua penduduk ke sebuah bangunan. Penyerang tanpa ampun menikam keduanya sampai maut.[5][6] Dia kemudian menyasar keluarga yang memiliki tujuh orang waris, semuanya dibunuh dengan ditikam atau ditembak.[7] Di saat penyerang berbuat jenayah itu, kembang api meletup di angkassa sehingga suara tembakan senjatannya samar kerana letupan-letupan itu.[7] Seorang artis China yang bermastautin di luar negara Li Ying, aktif di Twitter sebagai akaun bernama "Teacher Li Is Not Your Teacher", membuat hantaran mengenai perstiwa ini tidak lama selepas menjadi tular di seluruh China.
Beberapa jam selepas serangan yang pertama, penduduk yang ketakutan memanggil nombor kecemasan sebanyak 120 panggilan. Keramaian sebanyak ratusan penduduk dan beberapa ahli medikal memadati tempat peristiwa berlaku. Doktor bersama jururawat datang lebih awal dibanding polis. Seorang doktor muda yang baru tamat dari sekolah tingginya, mencuba untuk menyelamatkan salah satu mangsa yang mendapat luka hebat. Penyerang menyelinap di balik dinding dan menyergapnya, tembakan paku beruntun melubangi tubuh doktor itu hingga maut.[5][8][9] Beberapa sumber rujukan mensyak bahawa senjata yang ia gunakan bukan senapang paku melainkan sejenis senapang gempur yang penyerang itu curi dari penyimpanan senjata polis. Merujuk pada akhbar Newtalk news [zh-tw], serangan pertama dan kedua itu membunuh 11 mangsa.[7]
Serangan ketiga berlaku semasa penduduk kampung sedang sarapan, penyerang mengkoyak 10 tubuh mangsanya. Perkara brutal itu tidak diketahui sampai saudara mengunjungi mereka di waktu siang, mereka hanya mendapati tubuh saudaranya yang telah membiru.[7]
Sosial media di seluruh China tular mengkongsikan foto-foto mengenai rumor. Polis dengan persenjataan lengkap menutup semua jalan masuk di kampung,[5][10][7] mereka menggalakan perburuan secara besar-besaran di Wilayah Shandong.[11] Pentadbir Shandong memberitahu kepada saudara daripada mangsa tidak perlu merasa risau, kerana mereka berazam akan menghukum penyerang secepatnya.[7]
Mangsa
Di antara mangsa yang terbunuh, 11 orang berasal dari lima ahli keluarga yang berbeza, merangkumi keluarga yang memiliki tujuh waris. Li Ying mensyak bahawa dua keluarga pernah menyakiti si penyerang atau keluarganya semasa bersekolah dahulu.[12] Salah satu daripada mangsa yang terbunuh ialah guru sekolah menengah atasnya yang telah bersara.
Li memerikan sang penyerang di hantaran twitternya sebagai "jibaku" dalam membunuh mangsanya, "semuanya maut kerana pendarahan dari luka hebat".[12] Penduduk kampung termasuk kanak-kanak maut dengan tubuh terkoyak. Doktor maut dengan banyak lubang di tubuhnya dan seorang jururawat harus dibawa ke rumah sakit dengan kaki yang berlubang selepas berusaha untuk menolong doktor muda yang ditembak oleh penyerang. Kedua pegawai polis ditemukan maut semasa perburuan jenayah di Shandong.
Selepasnya
Pembunuhan yang biadab, mautnya doktor dan terbunuhnya kedua pegawai polis semasa menggalakan perburuan jenayah membuat gegar dan rasa ketakutan penduduk meningkat kuat di seluruh China. Beberapa tanda pagar seperti "Insiden Zhaike" dan "Kes pembunuhan Kaunti Ju" tular selama beberapa hari sebelum tiba-tiba padam dari peringkat hantaran sosial media. Semua informasi mengenai serangan di Kaunti Ju telah ditapis dan dipadam oleh pemerintah.
Tidak ada satupun media yang menyebut peristiwa itu selepasnya ia berlaku kecuali Phoenix Television dan NetEase, maklumat kedua akhbar pun telah dipadam belum sampai satu minggu selepas penyampaian khabar.[7][13] Belum ada pengiktirafan rasmi daripada pihak pentadbir Shandong meskipun telah berazam di khalayak awam sebelumnya.[7] Salah satu rujukan menyatakan bahawa polis telah mengugut penduduk Kampung Zhaike dan sekitarnya agar diam mengenai masalah ini.[7]
Nota
- ^ Beberapa rujukan mensyaki bahawa pengganas daripada pembunuhan ialah ahli Polis Taktikal Khas, beberapa penduduk kampung mengatakan bahawa mereka mendengar suara keras dari tembakan beruntun senapang gempur, lainnya mengatakan kalau mereka mengguna senjata semacam paip panjang atau senapang paku.
Rujukan