Istiadat pengurniaan darjah kebesaran bintang dan pingat kehormatan negeri Pulau Pinang sempena ulang tahun kelahiran ke-74 Yang Di-Pertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak telah diadakan di George Town, Pulau Pinang pada 14 hingga 17 Oktober 2023. Hari Ulang Tahun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah disambut secara rasmi pada 8 Julai 2023 namun ditangguhkan bagi memberi laluan pilihan raya negeri.[1][2][3]
Berikut ialah senarai penerima darjah kebesaran negeri Pulau Pinang pada 2023.
Senarai penerima
Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN)
3 orang penerima membawa gelaran Datuk Seri
- Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
- Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah, bekas Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
- Datuk Seri Ir Baharin Din, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad
Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN)
27 orang penerima membawa gelaran Datuk Seri
- Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bekas Ketua Polis Pulau Pinang, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
- Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) merangkap ADUN Bertam
- Datuk Seri Chong Eng, bekas Pengerusi Kebangsaan Sayap Wanita DAP
- Datuk Seri Syed Mohamad Syed Murtaza, Pengerusi Penang Port Sdn Bhd (PPSB)
- Datuk Seri Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
- Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
- Datuk Seri Phee Boon Poh, bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
- Datuk Seri Abdul Halim Hussain, bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Darjah Mulia Pangkuan Negeri (DMPN)
15 orang penerima membawa gelaran Datuk
- Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
- Datuk Mohd Salleh Man, bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
- Datuk Brian Tan Guan Hooi, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
- Datuk S. Parthiban, Naib Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang
- Datuk Zabidah Safar, Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang
Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN)
93 orang penerima membawa gelaran Datuk.
- Datuk Azrul Mahathir Aziz, Timbalan Yang di-Pertua DUN Pulau Pinang, ADUN Bayan Lepas
- Datuk Abdul Rashid Abdul Samad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
- Datuk Adenan Md Isa, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang
- Datuk Dr Norlela Ariffin, bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bekas ADUN Penanti
- Datuk Soon Lip Chee, bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bekas ADUN Bagan Jermal
- Datuk Yeoh Soon Hin, bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bekas ADUN Paya Terubong
- Datuk Saadon Moktar, bekas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang
- Datuk Ong Bee Leng, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC)
- Datuk Ong Khan Lee, bekas ADUN Kebun Bunga
- Dato' Rahimi bin Ismail, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan (CGSO)
Penerima lain
- Darjah Johan Negeri - 74 orang
- Bintang Cemerlang Negeri (14)
- Pingat Kelakuan Terpuji (168)
- Pingat Jasa Kebaktian (298)
- Pingat Jasa Masyarakat (399)
- Pingat Bakti Setia (26).
Rujukan
Senarai penerima darjah kebesaran di Malaysia pada 2023 (2023) |
---|
|