Di dalam
nama orang Melayu, tiada
nama keluarga. Nama
Mohd Zain merupakan nama bapa, dan orang berkenaan harus dirujuk oleh nama yang diberikan,
Mohd Shuhaily. Perkataan terbitan Arab
"bin" atau "binti"/"binte" (sekiranya digunakan) masing-masing bermaksud 'anak lelaki kepada' atau 'anak perempuan kepada'.
YDH Dato' Seri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain (Jawi: محمد سهوهاءيلي بن محمد زين; lahir 12 Julai 1972), atau nama panggilannya Haily, ialah seorang pegawai polis Malaysia yang berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sejak Ogos 2023.[3]
Kehidupan awal dan pendidikan
Mohd Shuhaily bin Mohd Zain dilahirkan di Kuala Lumpur pada 12 Julai 1972. Bapa beliau, Mohd Zain bin Ismail merupakan seorang polis trafik di Kuala Lumpur. Bapa beliau juga pernah berhidmat sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH) ketika Kebangkitan Komunis Kedua di Malaysia.[4]
Mohd Shuhaily merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga menerima latihan intensif dari akademi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Quantico, Virginia awal pertengahan 2002 semasa pangkatnya sebagai Penolong Penguasa Polis (ASP).
Karier kepolisan
Mohd Shuhaily pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ketua Cawangan Khas Pahang, Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Ketua Polis Pulau Pinang dan Ketua Polis Kuala Lumpur.[5] Beliau ditugaskan untuk menyandang tugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sejak 15 Ogos 2023 menggantikan Ayob Khan Mydin Pitchay.[6]
Senarai jabatan
- Kadet Penolong Penguasa Polis (2001)
- Pegawai Cawangan Khas (2001)
- Polis PBB pegawai pemantau di Kosovo di bawah Misi Pentadbiran Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kosovo (2002)
- Attache RMP di Kedutaan Malaysia, Washington, D.C. (2003)
- OCPD Perak Tengah (kini sebagai Seri Iskandar, Perak)
- Ketua Cawangan Khas Kontinjen Pahang
- Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman
- Timbalan Pengarah E1 Cawangan Khas, Bukit Aman
- Ketua Polis Pulau Pinang (2020–2022)
- Ketua Polis Kuala Lumpur (2022)
- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman (sejak 2023)
Anugerah
Anugerah di Malaysia
Rujukan