Pelakon dan penyanyi Amerika Ariana Grande, sehingga November 2016, telah memenangi 45 anugerah daripada 119 pencalonan. Album sulungnya Yours Truly telah dikeluarkan pada 2013 dan menduduki No. 1 di carta Billboard 200.[1] Album ini mengeluarkan single "The Way" dan "Baby I", yang kedua-duanya mencapai carta Billboard Hot 100.[2] Pada tahun yang sama, beliau memenangi New Artist of the Year di Anugerah Muzik Amerika 2014. Beliau memegang watak tajuk dalam sitkom remaja Sam & Cat (2013–14), yang mana beliau memenangi anugerah Pelakon TV Kegemaran di Anugerah Nickelodeon Kids' Choice.
Pada 2014, Grande melancarkan album keduanya My Everything, diikuti oleh single utamanya "Problem". Di anugerah tahunan MTV Video Music Awards ke-31, "Problem" memenangi anugerah Best Pop Video, meraih tiga pencalonan, termasuk Best Female Video. Single itu juga memenangi Penyanyi Wanita dan Lagu Terbaik di MTV Europe Music Awards 2014 dan Teen Choice Awards 2014. Beliau juga memenangi Teen Choice Award for Choice Music – Female Artist. Beliau memenangi anugerah Favorite Breakout di People's Choice Awards ke-40. Di Anugerah Young Hollywood 2014, Grande menerima tiga pencalonan, termasuk Hottest Music Artist. Di Anugerah Grammy ke-57, Grande telah dicalonkan untuk dua anugerah – Best Pop Duo/Group Performance untuk "Bang Bang" dan Best Pop Vocal Album untuk My Everything. Pada 2015, beliau memenamgi satu lagi Anugerah Muzik Amerika untuk Favorite Pop/Rock Female Artist dan Anugerah iHeartRadio Music untuk Best Collaboration untuk "Bang Bang". Beliau juga memenangi dua lagi Anugerah Kids' Choice: Song of the Year pada 2015 untuk singlenya dan Favorite Female Artist pada 2016.
Anugerah Bambi telah dianjurkan secara tahunan oleh Hubert Burda Media untuk mengiktiraf kecemerlangan di televisyen dan media antarabangsa.[8] Grande telah memenangi satu anugerah.
Anugerah BET telah diwujudkan pada 2001 oleh rangkaian Black Entertainment Television bagi meraikan orang Afrika Amerika dan minoriti lain dalam bidang muzik, lakonan, sukan, dan cabang lain.[10]
Anugerah Muzik Billboard diadakan bagi memberi penghargaan kepada artis atas persembahan komersial di A.S., berdasarkan carta rekod yang diterbitkan oleh Billboard.[12] Grande menerima sembilan pencalonan.
Dalam suku pertama tahun, orang ramai membuang undi mereka untuk Anugerah Muzik Pertengahan Tahun Billboard.com. Pemenang diumumkan pada awal bulan Julai.
Iggy Azalea, Ariana Grande and Charli XCX at [2014 Billboard Music Awards
Menang
Most Anticipated Music Event of 2014's Second Half
Ariana Grande's Next Album
Tercalon
Billboard Women in Music
Billboard Women in Music diadakan secara tahunan oleh Billboard bagi memberi pengharagaan kepada artis wanita dan eksekutif muzik yang berpengaruh.[18]
Anugerah Juno dipersembahkan setiap tahun kepada artis muzik Kanada untuk mengiktiraf pencapaian seni dan teknikal mereka dalam semua aspek muzik. Ahli-ahli baru dengan Dewan Kemasyhuran Muzik Kanada juga dimasukkan sebagai sebahagian daripada majlis anugerah. Ariana Grande telah menerima satu pencalonan.
Anugerah Japan Gold Disc ialah anugerah muzik terbesar yang diadakan setiap tahun di Jepun, memberi penghargaan kepada jualan muzik menurut Persatuan Industri Rakaman Jepun.
Anugerah Muzik MTV Eropah telah diwujudkan pada 1994 oleh MTV Eropah untuk menganugerahkan muzik video Eropah dan artis antarabangsa.[33] Grande telah memenangi tiga anugerah daripada 11 pencalonan.
Anugerah Muzik MTV Itali, juga dikenali sebagai TRL (Total Request Live), telah diadakan secara tahunan di Itali oleh MTV. Majlis ini diwujudkan pada 2006 dan menganugerahkan video terbaik, artia dan artis tahun ini.[38] Grande telah memenamgi satu anugerah daripada tiga pencalonan.
Anugerah MTV Millennial diadakan setiap tahun di Amerika Latin, telah diwujudkan pada 2013 oleh MTV Latino untuk menganugerahkan.[42] Grande telah menerima tiga anugerah daripada lima pencalonan.
Anugerah Muzik Video MTV telah diadakan pada 1984 oleh MTV bagi menganugerahkan muzik video.[46] Grande telah memenangi satu anugerah daripada 11 pencalonan.
Anugerah Muzik Video MTV Jepun telah diadakan pada 2002 bagi menganugerahkan muzik video dari Jepun dan artis antarabangsa.[50] Grande telah memeangi tiga anugerah.
The Music Business Association (Music Biz) ialah pertubuhan keahlian bukan berasaskan keuntungan yang memajukan dan menggalakkan dagang muzik.[53] Grande telah memenangi satu anugerah.
Anugerah NAACP Image diberikan setiap tahun oleh Persatuan Kebangsaan Amerika untuk Kemajuan Berwarna Rakyat untuk menghormati orang-orang warna dalam filem, televisyen, muzik dan sastera.[55] Grande menerima satu pencalonan.
Anugerah Neox Fan diadakan setiap tahun sejak 2012 oleh kumpulan media Sepanyol, Atresmedia dengan kerjasama Syarikat Coca-Cola, Fanta merupakan penaja utama anugerah.[57]
Anugerah Muzik NRJ telah diadakan pada 2000 oleh stesen radio Perancis NRJ dan rangkaian televisyen TF1.[66] Grande telah memenangi satu anugerah daripada tiga pencalonan.
Pertama kali diadakan pada 2002, Anugerah Muzik Radio Disney ialah anugerah tahunan yang ditadbir oleh Radio Disney.[75] Grande telah memenangi lima anugerah daripada 12 pencalonan.
Anugerah Muzik YouTube (YouTube Music Awards), dieja sebagai YTMA, ialah anugerah muzik yang dipersembahkan oleh YouTube.[88] Grande telah memenangi satu anugerah.