Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan atau nama ringkasnya SMKA Tun Datu Mustapha Limauan, merupakan sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Jalan Limau-Limauan berhampiran dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pekan Kinarut, Papar, Sabah. Pada 2009, SMKA Tun Datu Mustapha memiliki 160 orang pelajar lelaki dan 194 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 354 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009 Pada 2013, SMKA Tun Datu Mustapha memiliki 525 orang pelajar dan mempunyai seramai lebih 54 orang guru serta 12 orang anggota kakitangan sekolah. Sehingga Oktober 2020, SMKA Tun Datu Mustapha memiliki 451 orang pelajar, 51 orang guru serta 13 orang anggota kumpulan sokongan sekolah.
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar (SMKA TDM) telah dimulakan operasinya pada 6 Januari 2003 dengan menggunakan tapak SMKA Limauan Kota Kinabalu. Tapak dan bangunan asalnya ialah Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Sabah sejak tahun 1973 yang di bawah pengawasan Yayasan Sabah. Kemudian pihak Yayasan Sabah membuat penyerahan rasmi pada tahun 1997 kepada Jabatan Pendidikan Sabah melalui Datuk Dr. Hasbullah Mohd. Taha, Pengarah Pendidikan Sabah ketika itu. Maka, rasmilah tapak dan bangunan asal ini di bawah kawalan dan penjagaan Jabatan Pendidikan Sabah.
Pada Disember 2002, SMKA Limauan berpindah ke bangunan baru di Kimanis. SMKA Tun Datu Mustapha mengambil alih bangunan ini bermula pada 6 Januari 2003. Pada 7 Januari 2003, sekolah ini menerima pendaftaran pelajar seramai 120 orang dengan membuka 4 kelas tingkatan satu dan 1 kelas tingkatan dua. Pada 12 Januari 2003, Majlis Penyerahan Kunci dan Inventori SMKA Tun Datu Mustapha diadakan dengan rasminya dengan disaksikan oleh Pemangku Ketua Sektor SPPIM, Ustaz Mohd. Kassim Tusin.
Sejak dibuka, SMKA Tun Datu Mustapha telah diterajui oleh Ustazah Fatmawati Binti Mohd. Sahari sebagai Pemangku Pengetua merangkap Penolong Kanan Pentadbiran, dibantu oleh Ustaz Ismail Haji Anam sebagai Penolong Kanan HEM dan Puan Raimah Samari sebagai Penyelia Kanan KOKUM bersama 17 orang guru dan 6 orang staf sokongan. Bermula 16 September 2003, Ustaz Haidon Hadi Sapiri memulakan tugas sebagai Pengetua pertama SMKA Tun Datu Mustapha dibantu oleh Ustazah Fatmawati Binti Mohd. Sahari sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Ismail Bin Haji Anam sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Ustaz Melih Bin Bedin sebagai Penolong Kanan Kokurikulum bersama 36 orang guru dan 10 orang staf sokongan.
Pada bulan Jun 2012, semua warga sekolah SMKA Tun Datu Mustapha telah berpindah ke bangunan baharu yang terletak berhampiran dengan lokasi asal. Beberapa blok akademik telah diubahsuai untuk dijadikan asrama bagi semua pelajar sementara pembinaan asrama dijalankan di tapak bangunan yang lama. Pada awal tahun 2013, SMKA Tun Datu Mustapha menyambut kedatangan pengetua baharu iaitu Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul yang menggantikan Ustaz Haidon Hadi Sapiri yang berpindah ke SMKA Keningau. Beliau dibantu oleh Ustazah Shamiza Ahamad sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Agus Salim bin Abdul Ghafur sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Puan Dayang Rosimah Binti Awg. Tengah sebagai Penolong kanan Kokurikulum.
Pada akhir bulan Mac 2019, SMKA Tun Datu Mustapha menyambut kedatangan Pengetua baharu iaitu Ustaz Rapihi Bin Derim @ Wasihim yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengetua di SMKA Tun Said, Kota Belud, menggantikan Datuk Ustaz Haji Saifulzaman Bin Sangul yang dilantik menjadi Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Pentadbiran SMKA Tun Datu Mustapha yang baharu diterajui oleh Ustaz Rapihi Bin Derim @ Wasihim dan dibantu oleh tiga orang Penolong Kanan baharu bermula pada bulan Jun 2020 iaitu Puan Zainab Binti Ahmad selaku Penolong Kanan Pentadbiran yang berpindah dari SMKA Tun Juhar, Sandakan, Encik Nasbi Bin Lasai selaku Penolong Kanan Kokurikulum yang berpindah dari SMKA Tun Said dan Puan Elizah Binti Abdul Hamid selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Prinsip sekolah
Visi
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Logo sekolah
Warna
Hijau - Suasana dan persekitaran yang selamat.
Kuning - Kesetiaan kepada raja dan negara.
Biru - Bersatu padu.
Putih - Ketulusan.
Bentuk
Bulatan - Melambangkan kesejagatan.
Bulan Sabit - Melambangkan agama Islam.
Piala - Kecemerlangan dalam semua aspek.
Pen Hijau - Menuntut ilmu untuk akhirat.
Pen Kuning - Menuntut ilmu untuk dunia.
Buku - Penerapan budaya membaca.
Gunung - Negeri Sabah.
3 Bucu Di atas - Melambangkan ilmu, iman, taqwa.
Lagu sekolah
SMK Agama Tun Datu Mustapha Pembentuk warisan bangsa Penegak Agama makmurkan bumi bertuah Malaysia yang tercinta
Tekun dedikasi maju jaya Itulah cogan kita Sahsiah terpuji mengikut syiar ilahi Terserlah jati diri
Pegang teguh ikhlas setia Iltizam tinggi junjung amanah Kasih sayang sesama insan Quran dan hadis jadi panduan
Junjung kecemerlangan Wawasan kita jayakan Bergerak maju memburu seribu harapan TDM di puncak jaya TDM di puncak jaya TDM di puncak jaya
Lirik lagu sekolah telah dicipta oleh Ustaz Haidon Hadi Sapiri, Ustaz Melih Bedin, Haji Zakaria Bin Haji Nasip dan Puan Hajah Rosana Binti Abdullah.
Ikrar pelajar
Bahawasanya kami, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, berikrar dan berjanji akan:
menunaikan segala perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala laranganNya,;
mentaati dan menghormati para guru;
berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran;
menjaga dan menyayangi sekolah;
mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah,
demi mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Dengan ini, kami juga berikrar, sekiranya kami melanggar peraturan dan undang-undang sekolah, kami bersedia dikenakan tindakan tatatertib daripada pihak sekolah.
Pentadbiran
Pengetua
Ustaz Haidon Hadi Sapiri (2003 - 2012)
Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul (2013 - 2018)
Ustaz Mohamad Agus Salim bin Abdul Ghafur (2014 - 2017)
Ustaz Shukor bin Bahari (2018)
Puan Elizah binti Abd Hamid (2020 - 2021)
Encik Safaruddin bin Labenga (2021 - 2024)
Encik Asnie bin Marjan (2024 - kini)
Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Raimah binti Samari (2003)
Encik Melih bin Bedin (2004 - 2008)
Encik Mulsid Otohdikih (2008)
Puan Dayang Rosimah binti Awg. Tengah (2009 - 2019)
Encik Nasbi bin Lasai (2020 - 2023)
Puan Norayati binti Utol (2023 - kini)
Enrolmen
Bilangan murid
Tingkatan 1 : 117 orang
Tingkatan 2 : 90 orang
Tingkatan 3 : 66 orang
Tingkatan 4 : 101 orang
Tingkatan 5 : 77 orang
Jumlah murid = 451 orang
Bilangan guru
Guru Lelaki : 15 orang
Guru Perempuan : 36 orang
Jumlah guru = 51 orang
Bilangan anggota kumpulan sokongan
Staf Lelaki : 4 orang
Staf Perempuan : 9 orang
Jumlah staf = 13 orang
Akademik
Semua pelajar menengah rendah (tingkatan 1 hingga tingkatan 3) mengambil pakej mata pelajaran yang sama yang terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Sains, Matematik, Sejarah, Georafi, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Bermula pada tahun 2020, pakej mata pelajaran untuk semua pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang ditawarkan adalah seperti berikut;
4 Ibnu Sina
5 Ibnu Sina
4 Ibnu Khaldun
5 Ibnu Khaldun
4 Ibnu Rushdy
5 Ibnu Rushdy
4 Al-Khawarizmi
5 Al-Khawarizmi
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Bahasa Arab
Pendidikan Syariah Islamiah
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
Fizik
Kimia
Biologi
Matematik Tambahan
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
Bahasa Arab
Pendidikan Syariah Islamiah
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
Prinsip Perakaunan
Matematik Tambahan
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
Bahasa Arab
Pendidikan Syariah Islamiah
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
Geografi / Perniagaan (Pilihan)
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
Bahasa Arab
Pendidikan Syariah Islamiah
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
Kokurikulum
Rumah sukan
Semua pelajar SMKA Tun Datu Mustapha menganggotai salah satu daripada empat rumah sukan. Di awal sesi penggal satu persekolahan, kesemua ahli rumah sukan akan terlibat dalam pertandingan Merentas Desa, Sukantara dan Sukan Tahunan. Juara Keseluruhan Sukan Tahunan, Olahragawan dan Olahragawati akan dinobatkan semasa Majlis Penutupan Sukan Tahunan SMKA Tun Datu Mustapha. Empat rumah sukan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Rumah Sukan
Warna Utama
Syafie
Kuning
Hanafi
Biru
Hanbali
Merah
Maliki
Hijau
Kelab dan Persatuan
Persatuan Bahasa Melayu
Persatuan Bahasa Inggeris
Persatuan Bahasa Arab
Persatuan Sains, Matematik dan Teknologi (STEM)
Persatuan Tingkatan Enam (PERTENA)
Kelab Rukun Negara dan Kelab Malaysiaku
Kelab Kesenian Islam
Kelab Kerjaya dan Kaunseling
Kelab Koperasi dan Keusahawanan
Kelab Kemahiran Al-Quran (KKQ)
Kelab Reka Bentuk dan Teknologi
Kelab Fotografi
Sukan dan Permainan / 1 Murid 1 Sukan (1M1S)
Kelab Sukan Bola Sepak
Kelab Sukan Bola Tampar
Kelab Sukan Ping Pong
Kelab Sukan Bola Baling
Kelab Sukan Badminton
Kelab Sukan Hoki
Kelab Sukan Sepak Takraw
Kelab Permainan Dalaman
Kelab Sukan Bola Jaring
Kelab Sukan Memanah
Badan Beruniform
Pasukan Kadet Remaja Sekolah
Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia
Pasukan Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Pasukan Pengakap
Pasukan Pengakap Kelana (Tingkatan 6)
Kor Kadet Polis Diraja Malaysia
Majalah sekolah
Pada tahun 2010, sidang redaksi sekolah yang diketuai oleh Puan Zuariah Binti Bakar sebagai Ketua Editor pada ketika itu telah menerbitkan edisi pertama majalah sekolah yang diberi nama UFUK untuk menggarap kembali segala catatan dan peristiwa penting yang berlaku sepanjang penubuhan SMKA Tun Datu Mustapha. Edisi kedua Majalah UFUK telah diterbitkan pada hujung tahun yang sama diketuai oleh Puan Khairulza Binti Abd Rashid selaku Ketua Editor sidang redaksi. Penerbitan edisi kedua tersebut telah memberikan input serta informasi yang bermanfaat selain menjadi cendera kenang-kenangan buat pelajar yang menamatkan alam persekolahan di SMKA Tun Datu Mustapha.
Kejayaan sekolah
Pada tahun 2014, pasukan Forum Remaja Sekolah telah mendapat tempat kelima dalam Pertandingan Forum Remaja peringkat kebangsaan 2014.[1]
Pada tahun 2016, pasukan PsychoScience telah dinobatkan sebagai Naib Johan dalam Pertandingan School Lab peringkat kebangsaan anjuran British Council.[2]
Alamat
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha