Sehingga kini, terdapat 61 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ditubuhkan di seluruh Malaysia.
Sejarah
Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah SMKA telah berkembang kepada 55 buah SMKA.
Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Nik Mohd Mohyideen Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baru.
Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem pendidikan Negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, ilham Nik Mohd Mohyideen Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.
Pada tahu 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah menengah harian.
Kebanyakkan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada matapelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya matapelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyrakat semasa.[1]
Matlamat SMKA
Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dah ukhrawi
Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan
Member peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara
Objektif SMKA
SMKA ditubuhkan dengan beberapa objektif, antaranya:
Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.
Falsafah Pendidikan SMKA
"Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang seimbang kearah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanafaat kepada agama, diri, ummah dan Negara."
Visi SMKA
Melahirkan Modal Insan Teknokrat Agama (Mutadayyin)
Misi SMKA
Bagi merealisasikan hasrat menjadi SMKA sebagai institusi pendidikan terbilang, warga SMKA akan komited :
Menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk realiti ilmu dan penghayatan Al-Quran dan Al-Sunnah
Menjana Individu cemerlang dan kuat pegangan agama
Mengamalkan budaya kerja berkualiti, telus, efisien dan efektif berasaskan nilai-nilai Islam
Melaksanakan pendekatan bestari yang komprehensif dan efektif dalam pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum
Mewujudkan prasarana yang mencukupi dan persekitaran yang kondusif berteraskan iklim sini
Mewujudkan jalinan pemuafakatan dengan ‘stakeholder’, kominiti setempat dengan agensi-agensi luar
Keistimewaan
Berusaha mengamalkan budaya hidup Islam
Banyak peluang melanjutkan pelajaran
Menguasai Bahasa Arab, Jawi dan Kemahiran Al-Quran
Potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam
Lahir pendakwah yang berhikmah dan bertanggungjawab
Syarat kemasukan
Bagi memasuki SMKA, calon mesti sekurang-kurangnya memiliki kelayakan minimum berikut :
Tingkatan Satu
Mendapat 6A/5A 1B ( SK )
Boleh membaca Al-Quran
Boleh menulis jawi
Tahu sembahyang/solat
Beragama islam
Lulus ujian PAFA ( UPSR )
Berumur 12 tahun atau 13 tahun yang lahir pada 31hb Disember (tahun semasa)
Lulus Pendidikan Islam
Sekurang-kurangnya 3A dalam Peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA)
pandai serba sedikit tentang Bahasa Arab
memiliki 3 sijil berasaskan pendidikan islam
Tingkatan Empat
Lulus PT3, sekurang-kurangnya mendapat 4A
B dalam Bahasa Arab Komunikasi dan Pendidikan Islam
A dan B dalam mata-mata pelajaran lain
Lulus ujian PAFA dalam PMR
Berumur 16 tahun atau kurang
Tingkatan Enam Rendah
Lulus SPM
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
Kepujian dalam Bahasa Arab Komunikasi atau lulus Bahasa Arab Tinggi
Lulus mata pelajaran Pengajian al-Quran dan as-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah