Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) ditubuhkan dan dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Objektif penubuhan sekolah ini ialah bagi membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) menyambung pelajaran di peringkat Menengah. Selain itu, ia juga bagi menampung permintaan masyarakat Islam yang tinggi terhadap sekolah menengah agama yang tidak dapat dipenuhi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Sejarah
Tanggal 27 Oktober 2005 melalui mesyuarat MAIWP yang ke-94, tertubuhlah SMA-MAIWP sebagai sebuah Sekolah Menengah Agama yang pertama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. SMA-MAIWP merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang mendapat bantuan kerajaan serta mencontohi model Sekolah Menengah Agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang diperakui bersistematik komprehensif dan bersepadu. Dasar yang dilaksanakan di sekolah ini berteraskan kurikulum KBSM yang diintegrasikan kurikulum Thanawi.
SMA-MAIWP mula beroperasi pada 22 Januari 2007. Sehingga 2011, tenaga pengajarnya adalah seramai 38 orang manakala staf seramai 10 orang. Sesi pertama persekolahan pada tahun 2007 menyaksikan seramai 183 orang pelajar terpilih ke SMA-MAIWP diikuti 128 orang pelajar pada tahun 2008. Hanya 29 orang pelajar terpilih masuk ke SMA-MAIWP pada tahun 2009 berikutan bilangan kelas terhad. Setelah terbinanya sebuah bangunan baru, seramai 73 orang pelajar terpilih masuk ke SMA-MAIWP pada tahun
2010 diikuti 93 orang pelajar pada tahun 2011. Jumlah keseluruhan pelajar pada tahun 2011 ialah 413 orang.
Pengetua
Pengetua pertama SMA-MAIWP ialah Tuan Haji Mohd. Shahidin bin Tinik. Beliau telah berkhidmat selama 3 tahun bermula Jun 2007 hingga Mei 2010. Tugas beliau telah digalas oleh pengetua kedua SMA-MAIWP iaitu Tuan Haji Mohd Adnan bin Abdullah yang mula menerima amanat pada Mei 2010.
Pada November 2012, tiba seorang pengetua baru bagi menggantikan pengetua yang kedua. Beliau yang bernama Tuan Haji Mohamad Abdul Aziz bin Mahmud berpindah dari SMK Agama YanKedah dan berkhidmat di SMA-MAIWP sebagai pengetua sekolah. Pada tahun 2016, seorang pengetua baharu yang bernama Tuan Haji Ismail Bin Rosdi telah menjadi pengetua SMA MAIWP. Beliau ialah bekas pengetua di SMKA Johor Bahru, Johor (SABK).
Pada 03 September 2019, Encik Nurul Amali bin Mohd Shamsudin telah dilantik menjadi pengetua yang baharu apabila Tuan Haji Norazam bin Abdullah berpindah ke SBPI Rawang, Selangor.
Pada 5 November 2022, Puan Gamarofizan binti Zainal Abidin yang merupakan bekas penolong kanan hal ehwal pelajar di SMA MAIWP pada tahun 2020 telah menggantikan Encik Nurul Amali Binti Mohd Shamsudin sebagai pengetua setelah beliau telah dipindahkan ke Maahad Hamidiah Kajang.
Bangunan SMA-MAIWP
Pada tahun 2007 hingga bulan Jun 2013, SMA-MAIWP menumpang di dalam kawasan Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Para pelajar ditempatkan di sebuah bangunan baru yang mula dibina pada Mei 2008. Bangunan ini dipersetujui oleh pihak MAIWP dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM 2.5 juta manakala pejabat sekolah dan bilik guru terletak di sebuah bangunan bersebelahan dengan SRA SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN atau lebih dikenali SIRAJ SUBA.
Kompleks SMA-MAIWP
MAIWP telah mula membina sebuah kompleks baru bagi menempatkan kesemua warga SMA-MAIWP. Kompleks tersebut dibina di kawasan Bandar Seri Permaisuri. Kompleks yang menelan belanja sebanyak RM 151 juta dan telah siap sepenuhnya pada perengahan tahun 2013. Pada 9 Jun 2013, Kompleks Baru SMA-MAIWP yang bertempat di Bandar Sri Permaisuri telah dirasmikan dan sudah dapat diduduki oleh warga sekolah.
Antara prasarana yang wujud ialah :
1 blok akademik A1 - 7 tingkat
1 blok akademik A2 - 5 tingkat
1 blok akademik A3 - 9 tingkat
1 blok akademik A4 - 9 tingkat
1 blok kuarters guru - 8 tingkat
1 blok asrama B1 - 10 tingkat
1 blok asrama B2 - 10 tingkat
1 blok asrama B3 - 4 tingkat
1 buah banglo pengetua - 2 tingkat
1 buah rumah pengawal
1 unit taman permainan kanak-kanak
1 buah padang bola sepak
1 buah gelanggang futsal
Pengambilan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Pada tahun 2018, pengambilan kohort pertama STAM di SMA MAIWP dilakukan atas gagasan bekas pengetua, Tuan Haji Rosdi bin Ismail. Usaha ini diteruskan oleh pengetua seterusnya, Tuan Haji Nor Azam Bin Abdullah sebagai satu langkah yang baik untuk memperkenalkan STAM di Wilayah Persekutuan.
Pada tahun 2018, tempoh pengambilan STAM dimulakan dengan tempoh setahun setengah. Namun, pada 2019, tempoh STAM dipendekkan selama setahun sahaja dan peperiksaan pertama STAM adalah pada tahun 2019.
Dalam Keputusan STAM 2019, SMA MAIWP mendapat Gred Purata Sekolah 2.33 di tempat ketiga belas di Malaysia.
Kohort Pelajar
Kohort
Tahun Masuk
Tahun Keluar
Nama Kohort
1
2007
2011
F1rst Gen
2
2008
2012
Platinum
3
2009
2013
Fir4
4
2010
2014
GenIV - Himmah
5
2011
2015
Jailul Fateh
6
2012
2016
Titanium
7
2013
2017
Millennium
8
2014
2018
Qudwah Hasanah
9
2015
2019
Halawatul Ukhuwah
10
2016
2020
Jauhar Muaqish
11
2017
2021
Rabithatul Qulub
12
2018
2022
Hamalatul Mansyud
13
2019
2023
Jaidul Khairah
14
2020
2024
Rufqatul Faizin
15
2021
2025
Ukhwatul Mateenah
16
2022
2026
Jauhar Mustofa
17
2023
2027
Najmul Irsyad
18
2024
2028
Jilun Najjah
Majlis Perwakilan Murid
Guru-guru dan staf-staf di SMA-MAIWP dibantu oleh pelajar yang dilantik menjadi ahli Majlis Perwakilan Murid seperti :