Julat global Julat Sepanjang Tahun Julat Musim Panas Julat Musim Sejuk
Segan-Hantu Australia (Aegotheles cristatus), Hantukang rerama atau hantukang Australia ialah burungnokturnal yang ditemui di kawasan hutan terbuka di seluruh Australia dan di selatan New Guinea. Ia adalah burung nokturnal yang paling lazim ditemui di Australia, dan walaupun ia mengalami pemangsaan dan persaingan oleh spesies yang diperkenalkan, ia tidak dianggap terancam.
Pemerihalan dan habitat
Segan-Hantu Australia bersaiz kecil hingga sederhana dengan bahagian atas yang kelabu dan bahagian hadapan bersorot putih serta corak gelap dan pucat yang jelas pada bahagian kepala. Di utaraAustralia, betina juga boleh mempunyai bentuk merah keperangan. Buluan keseluruhannya lebih pucat dalam populasi gurun. Segan-Hantu Australia telah menyesuaikan diri untuk hidup di kawasan hutan kayu terbuka, dengan sayap yang lebih runcing dan kaki yang lebih besar, tidak seperti kebanyakan keluarganya lain yang tinggal di hutan tebal (walaupun sesetengah individu spesies tersebut boleh dan memang tinggal di habitat sedemikian di Queensland dan New Guinea). Ia hidup dalam pelbagai habitat selain kawasan hutan kayu terbuka, termasuk paya bakau, padang rumput, semak mallee, dan hutan tebal.[2]
Tingkah laku
Segan-Hantu Australia mencari makan pada waktu malam dengan menerpa dari tenggeran dan menyambar serangga dari udara, tanah, atau batang dan dahan, seperti sambar. Ia memakan kebanyakan serangga, terutamanya kumbang, belalang, dan semut. Pada siang hari, ia bertenggek di dalam rongga di pokok, untuk perlindungan daripada pemangsa serta untuk mengelak daripada dikerumuni oleh burung lain yang menganggapnya sebagai burung hantu.[2]
Segan-Hantu Australia bersarang terutamanya di dalam lubang pokok (atau di lubang dan celah lain), yang disediakan dengan daun oleh kedua-dua pasangan. Adalah dipercayai bahawa penambahan kerap daun kayu putih adalah kerana ia bertindak sebagai racun serangga yang bermanfaat. Tiga atau empat telur dihasilkan, dan dieram oleh betina selama kurang dari sebulan. Kedua-dua dewasa memberi makan anaknya, yang mula terbang selepas sebulan. Anaknya dilaporkan tinggal berdekatan dengan induk selama beberapa bulan selepas menerbangkan diri.[2]
Spesies tersebut merupakan mangsa kepada karnivor nokturnal yang lain, iaitu Macroderma gigas, sejenis kelasar yang lebih besar dikenali sebagai kelawar hantu.[3]
^ abcHandbook of the Birds of the World, Volume Five, Barn-owls to Hummingbirds; de Hoyo, Elliot and Sargatal, ISBN84-87334-20-2
^Boles, W. (June 1999). "Avian prey of the Australian Ghost Bat Macroderma gigas (Microchiroptera: Megadermatidae): prey characteristics and damage from predation". Australian Zoologist. 31 (1): 82–91. doi:10.7882/AZ.1999.009.