Sama Dubai (Arab: سما دبي) ialah sebuah syarikat anggota dan subsidiari dari Dubai Holding, sebuah syarikat pemegangan yang dibentuk oleh kerajaan Dubai. Sama Dubai didirikan sebagai sebuah syarikat dengan tanggungjawab yang berat daripada pendahulunya (Dubai International Properties).[1] Sama Dubai menjadi syarikat hartanah antarabangsa dari Dubai Holding. Syarikat ini membangun harta tanah di beberapa negara di dunia. Pengerusi Eksekutif syarikat ini adalah Farhan Faraidooni.
Portofolio
Sama Dubai membuat megaprojek harta tanah dan properti di beberapa negara, seperti:[2]
- Dubai Towers - Sekelompok menara supertinggi, pencakar langit yang sedang dibangun di tiga negara yang akan berisi apartemen, bisnes, pejabatan dan hiburan.
- Salam Resort & Spas - Sebuah jaringan resor & spa baru yang diluncurkan oleh Sama Dubai.[3]
- The Lagoons - Sebuah pembangunan harta tanah di distrik Dubai Creek dengan sektor pertokoan retail, perumahan dan bisnes. Komplek ini memiliki sebuah bangunan opera.[5]
- Amwaj - Pembangunan harta tanah lainnya di Rabat, Maghribi untuk membangun sebuah kota tepi laut dengan luas 100 hektar yang berisi bangunan dengan gaya seni bina Mediterranean dan Moorish.
Rujukan
Pautan luar