Salleh Kamil |
---|
Salleh pada tahun 1960an. |
Kelahiran | Salleh bin Abdullah (1924-04-24)24 April 1924
|
---|
Meninggal dunia | 4 Julai 1998(1998-07-04) (umur 74)
Yishun, Singapura |
---|
Sebab kematian | Sakit tua |
---|
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang |
---|
Pekerjaan | Pelakon |
---|
Tahun aktif | 1951–1968 |
---|
Pasangan | |
---|
Anak-anak | 18 |
---|
Saudara | 40 cucu dan tujuh cicit |
---|
Haji Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Salleh Kamil (24 April 1924 – 4 Julai 1998) ialah seorang pelakon lelaki Singapura.[1][2]
Kehidupan awal
Beliau mendapat pendidikan di Madrasatul Muqtabian sebelum mula bekerja di Studio Jalan Ampas di Singapura sebagai pemandu, Salleh diangkat sebagai pelakon menerusi filem pertamanya, Patah Seribu.[3][4][5] Sepanjang kerjaya lakonannya selama 17 tahun, beliau dikenali dengan peranan antagonis.[6][7]
Kerjaya
Sebelum menceburi filem, Salleh bekerja sebagai pemandu teksi.[8] Minatnya berputik selepas berkenalan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Watak pertamanya hanyalah sebagai seorang penari.[9] Ketika itu, Salleh muncul dalam filem Tas Tangan Wanita arahan L. Krishnan. Watak berdialog pertamanya ialah melalui filem Miskin arahan K. M. Basker pada 1952 sebagai pelawak, diikuti filem Sedarah (S. Ramanathan) memegang peranan jahat. Ternyata, watak jahat serasi pada dirinya, lalu silih berganti beliau diberi imej itu dalam filem seperti Penarek Becha, Semerah Padi, Matahari, Sumpah Orang Minyak, Sarjan Hassan dan Isi Neraka. Beliau juga pernah melakonkan watak baik dalam filem Lela Manja dan filem Pusaka Pontianak serta watak lawak dalam filem Tiga Abdul yang membawa watak Kassim Patalan, seorang peguam batu api yang berkomplot dengan Sadiq Segaraga (lakonan Allahyarham Ahmad Nisfu).[9]
Selain berlakon, Salleh turut menjadi tenaga pengajar babak pergaduhan kepada beberapa pelakon termasuk Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmud.[9]
Pada tahun 1968, Salleh muncul dalam filem Raja Bersiong arahan Jamil Sulong.[9] Walaupun MFP ditutup tahun itu, beliau terus menetap di Boon Teck Road sehingga 1973.[9]
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin sebanyak dua kali dengan isteri pertama Zahrah Pagi,[10] dan isteri kedua Jumini Simin. Mempunyai 18 orang anak, 40 cucu dan tujuh cicit.[9]
Kematian
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 4 Julai 1998 pada usia 74 tahun akibat sakit tua, selain itu Allahyarham juga menderitai angin ahmar selama sembilan tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang.
Catatan
Filemografi
Filem
Anugerah dan pencalonan
- Pelakon Pembantu Terbaik dalam Penarek Becha (1955) dengan mendapat gelaran The Leading Crook Actor.
Rujukan
Pautan luar