Sahara Sepanyol (Sepanyol: Sáhara Españolcode: es is deprecated ; Arab: الصحراء الاسبانيةcode: ar is deprecated Al-Sahrā'a Al-Isbānīyah) ialah nama yang digunakan buat wilayah moden Sahara Barat semasa wilayah ini diduduki dan diperintahi sebagai wilayah Sepanyol dari tahun 1884 hingga 1975. Wilayah ini merupakan satu daripada bahagian-bahagian terbaru dan terakhir Empayar Sepanyol yang pada suatu masa melangkau sehingga ke benua Amerika, Filipina dan Asia Timur.