Rujukan Islam Algeria (Arab: المرجعية الدينية الجزائرية, lit. 'sumber rujukan agama Algeria') ialah rangka kerja asas dan undang-undang yang memudahkan pengamalan agama Islam aliran Ahli Sunah Waljamaah di Algeria yang diselia oleh Kementerian Hal Ehwal Agama dan Wakaf Algeria.[1][2]
Unsur-unsur rujukan
Ahli Sunah Waljamaah
Algeria tergolong dalam dunia Ahli Sunah Waljamaah, golongan majoriti umat Islam.[3][4][5]
Sumber-sumber fiqahnya ialah al-Quran dan Sunah Nabi Muhammad dalam hadis-hadis yang disandarkan kepada baginda.[6][7][8][9]
Asy'ariyah
Algeria berlandaskan aqidah Asy'ariyah, salah satu aliran teologi Islam, yang diasaskan oleh al-Asy'ari (873-935).[10][11][12]
Maliki
Algeria mengikut mazhab Maliki, salah satu daripada empat mazhab Ahli Sunah Waljamaah, berdasarkan ajaran Imam Malik bin Anas (711-795).[13][14][15]
Tasawuf
Tasawufnya diajar dan diamalkan di lebih 1,600 zawiyah (institut-institut sufi) di Algeria.[16][17][18]
Bacaan al-Quran
Tilawah al-Quran di masjid-masjid Algeria mengikut bacaan Warsy dalam solat, hizb rateb (sesi bacaan al-Quran harian) dan salkah (tadarus beramai-ramai). [19] [20] [21]
Rujukan