Rouge (Melayu: Merah) ialah album studio antarabangsa keempat oleh penyanyi Yuna, yang dikeluarkan pada 12 Julai 2019 oleh Verve Forecast Records dan Universal Music Group.[1] Lima lagu dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single. Rouge ialah album studio ketujuh Yuna, dirakamkan antara 2017 dan 2019.[2][3][4]
Latar belakang
Album ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.[5] Menurut Yuna dalam temu ramah eksklusif bersama, Kosmo!:
"Saya mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan album ini. Benar, tempoh tersebut agak lama untuk menghasilkan sebuah album studio. Tetapi, hal tersebut berlaku kerana saya bekerja dengan penerbit berlainan. Maklumlah, untuk mendapatkan bunyi yang sesuai bukan satu perkara mudah. Pada mulanya, saya tidak tahu lagu jenis yang apa sesuai untuk dimuatkan dalam album ini. Namun, selepas bertenang dan selesa dengan situasi muzik pada waktu itu, saya mula menulis".[5]
Pada 17 Mei 2019, Yuna mengumumkan keluaran rasmi album Rouge di akaun Instagram peribadinya, dan kulit hadapan album ini di mana beliau memakai gaun merah dan mengenakan sanggul lintang pada kepalanya, sekali gus menyerlahkan busana yang sememangya sudah sedia anggun. Dalam satu temuramah, Yuna berkata tajuk album ini berasal dari perkataan bahasa Perancis yang bermaksud "merah" yang melambangkan cinta, semangat dan kekuatan.[6] Yuna memilih tajuk album tersebut bagi mencerminkan ketebalan beliau.[7] Di dalam temuramah bersama Billboard, beliau berkata: "Saya merasakan warna merah ialah warna tebal dan saya rasa, 'Oh, mungkin ia bukan untuk saya. Bahkan warnanya, warna gincunnya mungkin bukan untuk saya. Itu yang selalu menjadi orang seperti saya".[a][8] Fotografi kulit album ini dirakamkan oleh Steven Taylor.[9]
Single pertama yang dikeluarkan dari album ini ialah "Forevermore" pada 5 April 2019.[12] Muzik videonya diarahkan oleh suami Yuna, Adam Sinclair, yang berkisarkan tentang kerinduannya terhadap Malaysia, di mana beliau lahir dan membesar dan mempamerkan keindahan Malaysia.[13] Pada 16 Mei, "Blank Marquee" dikeluarkan sebagai single kedua, dengan muzik videonya difilemkan di Kuala Lumpur, menampilkan Amerul Affendi dan supermodel Malaysia yang berpangkalan di AS, Atikah Karim dan juga arahan Sinclair.[14] Single ketiga, "Pink Youth" menampilkan penyanyi rap Inggeris Little Simz dikeluarkan pada 30 Jun, dengan muzik video bertemakan futuristik arahan Esteban Valdez (yang juga menulis dan menyunting muzik video ini).[15][16] "(Not) The Love of My Life", single keempat album Rouge, dikeluarkan pada 22 Ogos dengan muzik videonya yang bertemakan Bollywood diarahkan oleh Yuna sendiri.[17] Single kelima album ini, "Castaway" dikeluarkan pada 16 Oktober.[18]
Ulasan kritis
Sewaktu keluarannya, Rouge menerima ulasan positif dari pengkritik. Chris Malone dari Forbes menyifatkan "Rouge sebagai album Yuna yang paling dinamik sehingga kini, dan harus merangsang peminat yang baru dan lama tentang apa yang diharapkan dari masa depannya" dan merasakan bahawa kebanyakan senarai runut album "dipenuhi dengan R&B selepas waktu yang telah diketahui oleh projek terdahulu beliau".[19] Adriane Pontecorvo dari PopMatters berkata: "Rouge dalam beberapa cara, pembentukan semula apa yang dimaksudkan sebagai bintang di seluruh dunia. Faktor yang sama menjadikannya unik, juga menjadikannya lambang muzik pop yang berjaya; mudah untuk mendengar dan sengaja menarik penonton di mana-mana sahaja."[20] Kayleigh O'Malley dari Eleven PDX menggelar album ini sebagai "sebuah album musim panas untuk yang patah hati".[21] Skylar de Paul dari The Daily Californian menerangkan album sebagai "tidak mengejutkan, ia penuh tenaga, perang, kekuatan, penentuan, semangat, dan pada dasarnya setiap ciri lain yang terikat pada konotasi,".[22] Symphreona Clark dari YR menyifatkan album ini "menggabungkan pop dengan mengambil zaman moden di disko, mewujudkan sekeping pendarkilau yang sama-sama koheren dan menyeronokkan".[23]
Vokal dirakamkan oleh Davey Donaldson di Independently Popular dan Robin Hannibal di Hannibal’s House
Rakaman tambahan oleh Joshua Sellers, Josh Flores dan Thomas Cullison di Chalice Studios (trek 10)
Rakaman tambahan oleh Fisticuffs dan Christian Plata (trek 8)
Instrumen dirakamkan di Hannibal's Room
Instrumen tambahan dirakamkan oleh J.LBS di 10603 Studios (trek 4)
Piano tambahan dirakamkan oleh Chris Tabron di Red Bull Studios (trek 11)
Penerbitan vokal oleh Robin Hannibal
Penerbitan vokal tambahan oleh Rex Rideout (trek 1, 3 & 4-8)
Penerbitan vokal tambahan oleh Robert Castillo (trek 2 & 3)
Diadun oleh Stan Greene di Arketek Studios (trek 1, 3-8 & 11) dan Eric Madrid di Sonic Element Studios (trek 2, 9 & 10)
Pembantu pengadun oleh William Binderup
Mastering oleh Chris Gehringer di Sterling Sound, New York
Semua trek diterbitkan oleh Robin Hannibal kecuali "Likes" diterbitkan bersama oleh Cardiak, "Teenage Heartbreak" diterbitkan oleh J.LBS dan "Amy" oleh Fisticuffs.
Robbin Hannibal & Benjamin Willis - penerbit eksekutif
^Asal: "I've always felt like red is such a bold colour and I felt like, ‘Oh, maybe it’s not for me.’ Even the colour, the lipstick colour is maybe not for me. That’s always been the person that I am".