Roti keju (Jawi: روتي كيجوcode: ms is deprecated ), juga bun keju (Jawi: بون كيجوcode: ms is deprecated ) ialah roti gulung yang kecil yang dipanggang di ketuhar dan mempunyai rasa keju. Kebiasannya, keju yang telah diparut akan diletakkan di atas roti.[1] Ia juga merupakan makanan ringan dan sarapan pagi di Brazil. Roti keju terdapat dalam pelbagai variasi, misalnya roti keju masin dan manis.[2] Asalnya dalam perkataan Bahasa Portugis Brazil, pão de queijo; bermaksud roti keju.[3] Roti keju boleh dibuat dengan menggunakan tepung ubi kayu, tepung jagung, tepung berserbuk penaik (Tepung naik sendiri),[4] atau tepung gandum,[1][5]; bergantung kepada individu. Ia dijual dengan harga murah dan sering dijual dari penjual jalanan, kedai roti, di kedai makanan ringan, di pasar raya dan di kedai runcit. Roti keju juga dapat dibuat mudah dengan menggunakan roti putih dengan dipanggang di kuali leper dan diletakkan keju pada permukaan roti.[6]
^ abSufi S. Yahyono (1990). Kreasi roti (dalam bahasa Indonesia). Gramedia Pustaka Utama. m/s. 24. ISBN9789796553327.
^Wulan Ayodya (2013). Cara Awal Buka Usaha Roti Kue (dalam bahasa Indonesia). Elex Media Komputindo. m/s. 14. ISBN9786020410463.
^Lonely Planet Food (2015). The World's Best Brunches: Where to Find Them and How to Make Them (dalam bahasa Inggeris). Lonely Planet. ISBN9781743608814.