Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2728 yang diterima pakai pada 25 Mac 2024, menggesa gencatan senjata segera perang Israel–Hamas semasa bulan Ramadan yang membawa kepada gencatan senjata yang berkekalan. Ia juga menuntut pembebasan semua tebusan tanpa syarat.[1][2] Resolusi itu mendapat kelulusan daripada 14 ahli, manakala Amerika Syarikat tidak mengundi. Resolusi itu diterima pakai di bawah Bab VI Piagam PBB, yang tidak seperti resolusi Bab VII, tidak terikat di sisi undang-undang. [3]
Latar belakang dan prosedur
Resolusi 2728 telah dicadangkan oleh pihak E-10 (anggota bukan tetap), dan mengikuti veto draf resolusi AS mengenai gencatan senjata di Gaza oleh China dan Rusia pada 22 Mac 2024.[4]
Pindaan lisan yang diperkenalkan oleh Rusia dengan memasukkan semula perkataan "kekal" untuk melayakkan gencatan senjata dalam perenggan operasi pertama resolusi itu gagal diluluskan.[5]
Ada laporan bahawa Perdana Menteri Israel menyatakan bahawa beliau akan membatalkan lawatan delegasi Israel ke AS jika ia tidak memveto resolusi tersebut.[6][7]
Mengakui usaha diplomatik yang sedang dijalankan oleh Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat, bertujuan untuk mencapai pemberhentian permusuhan, membebaskan tebusan dan meningkatkan penyediaan dan pengagihan bantuan kemanusiaan,
1. Menuntut gencatan senjata segera untuk bulan Ramadan yang dihormati oleh semua pihak yang membawa kepada gencatan senjata yang berkekalan, dan juga menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan, serta memastikan akses kemanusiaan untuk menangani keperluan perubatan dan keperluan kemanusiaan mereka yang lain, dan tuntutan selanjutnya bahawa pihak-pihak itu mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa berhubung dengan semua orang yang mereka tahan;
2. Menekankan keperluan mendesak untuk meluaskan aliran bantuan kemanusiaan kepada dan mengukuhkan perlindungan orang awam di seluruh Semenanjung Gaza dan mengulangi tuntutannya untuk menghapuskan semua halangan kepada pemberian bantuan kemanusiaan secara berskala, selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta resolusi 2712 (2023) dan 2720 (2023);
3. Memutuskan untuk kekal aktif dalam perkara itu.
Rekod pengundian
Anggota tetap Majlis Keselamatan dalam huruf tebal.
Israel: Perdana Menteri Netanyahu membatalkan lawatan delegasinya ke Rumah Putih untuk membincangkan tentang hal Rafah, dengan kenyataan berkenaan "penarikan jelas daripada kedudukan US yang konsisten."[8] Mereka juga menyatakan bahawa "resolusi hari ini memberi harapan kepada Hamas bahawa tekanan antarabangsa akan memaksa Israel untuk menerima gencatan senjata tanpa melepaskan tebusan kami, sekaligus membahayakan usaha perang serta usaha melepaskan tebusan."[9]
Negara Palestin: Pemerhati kekal Palestin ke PBB Riyad Mansour mengalukan resolusi sambil menggesa terhadap penguatkuasaannya.[10]
Hamas: Hamas mengalukan resolusi, dan menyatakan bahawa mereka bersedia "untuk terlibat dalam pertukaran tebusan segera yang membawa kepada pelepasan banduan kedua-dua belah pihak."[11]
Amerika Syarikat: Duta AS ke PBB Linda Thomas-Greenfield berterima kasih kepada para ahli kerana menambahkan sebilangan pindaan cadangan Amerika, tetapi juga menyatakan bahawa kekurangan bantahan kepada Hamas bermana mereka tidak dapat menyokong resolusi tersebut.[12][13] Jabatan Dalam Negeri menyatakan bahawa pendirian berkecuali Amerika tidak membayangkan perubahan dasar negara, dan pihak Amerika melihat resolusi gencatan senjata itu sebagai tidak terikat.
Lain-lain
Menjawab kelulusan resolusi itu, Setiausaha AgungAntónio Guterres menyatakan hasratnya untuk dilaksanakan, menyiarkan bahawa "kegagalan tidak boleh dimaafkan".[14]