Republik Selatan Afrika (Belanda: Zuid-Afrikaansche Republiek, ZARcode: nl is deprecated ), sering dirujuk sebagai Transvaal atau sebagai Republik Transvaal, adalah sebuah negara Boer merdeka dan diiktiraf oleh antarabangsa di Selatan Afrika dari tahun 1852 hingga 1902. Sungai Vaal yang merentasi kawasan lingkungan republik memberi namanya kepada negara ini.[2]
Negara ini mengalahkan pihak British dalam apa yang sering disebut sebagai Perang Boer Pertama dan kekal merdeka sehingga tamatnya Perang Boer Kedua pada 31 Mei 1902, apabila ia dipaksa menyerah kalah kepada British. Wilayah ZAR dikenali selepas perang sebagai Jajahan Transvaal. Selepas meletusnya Perang Dunia Pertama, sebilangan kecil bangsa Boer mengadakan Pemberontakan Maritz dengan mengisytiharkan pengembalian Republik Afrika Selatan dan bersepakat dengan Kuasa Tengah. Pemberontakan itu telah digagalkan oleh tentera British pada Februari 1915.