Rantaian bekalan

Bekalan dan permintaan disusun dalam rantaian konseptual.

Dalam perdagangan, rantaian bekalan ialah sistem dalam organisasi, orang, aktiviti, maklumat dan sumber yang terlibat dalam membekalkan produk atau perkhidmatan kepada pengguna. Aktiviti rantaian bekalan melibatkan transformasi sumber asli, bahan mentah dan komponen kepada produk siap dan menyampaikannya kepada pelanggan akhir.[1] Dalam sistem rantaian bekalan yang canggih, produk terpakai boleh memasuki semula rantaian bekalan pada mana-mana titik di mana nilai sisa boleh dikitar semula. Rantaian bekalan menghubungkan rantaian nilai.[2] Pembekal dalam rantaian bekalan sering disenaraikan mengikut "peringkat", pembekal peringkat pertama ialah mereka yang membekalkan terus kepada perniagaan pelanggan, peringkat kedua menjadi pembekal kepada peringkat pertama, dsb.[3]

Rujukan

  1. ^ Kozlenkova, Irina (2015). "The Role of Marketing Channels in Supply Chain Management". Journal of Retailing. 91 (4): 586–609. doi:10.1016/j.jretai.2015.03.003. Dicapai pada 28 September 2016.
  2. ^ Nagurney, Anna (2006). Supply Chain Network Economics: Dynamics of Prices, Flows, and Profits. Cheltenham, UK: Edward Elgar. ISBN 978-1-84542-916-4.
  3. ^ SCM Portal, Supplier Tiering, Procurement Glossary supplied by CIPS, accessed 11 July 2021

Pautan luar