Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Azureen binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah (dilahirkan pada (1957-12-09)9 Disember 1957 di Pulau Pinang, Malaya) ialah anakanda kedua baginda dan puteri sulung kepada Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang ke-34 bersama isterinya, Tuanku Bainun.[1]
Kehidupan Awal
Raja Azureen telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 9 Disember 1957. Beliau merupakan anak kedua daripada lima beradik. Beliau mempunyai dua adik beradik lelaki dan selebihnya perempuan. Kekandanya, Raja Nazrin Shah merupakan Raja Muda Perak dan kemudiannya menaiki takhta sebagai Sultan Perak ke-35 selepas kemangkatan ayahanda beliau.
Pendidikan
Raja Azureen mendapat pendidikan rendahnya di Marion Convent, Ipoh, Perak dan meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN) di Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke Universiti Syracuse, di New York, Amerika Syarikat dan berjaya memiliki Ijazah Sarjana Sains (BSc) dalam bidang Matematik dan Ekonomi pada tahun 1979. Raja Azureen meneruskan lagi pengajiannya ke United Kingdom di peringat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan daripada Pusat Pengajian Perniagaan, Universiti London, England pada tahun 1982. Kepintaran beliau tidak dipersoalkan kerana umum mengetahui bahawa keluarga Sultan Azlan mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.
Kerjaya dan Penaung Diraja
Raja Azureen telah dilantik menjadi Presiden Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill yang terletak di Cheras, Malaysia pada Mac 2007. Pada bulan Jun tahun berikutnya,kolej terebut telah dikemaskinikan menjadi Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) dan Raja Azureen telah dilantik sebagai Chancellor MUCH yang pertama di Masterskill Educational Group Berhad. Beliau juga telah menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dari Ogawa World Berhad sejak 8 Februari 2007. Beliau turut menjadi sebagai Pengarah RAS.Sdn.Bhd.[2]
Beliau juga telah terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti amal dan kebajikan sosial merangkumi pelbagai organisasi dan menjadi penaung diraja :-
- Presiden bagi Persatuan Kebangsaan Malaysia untuk Tuli.
- Penaung bagi Riding for the Disable (RDA) - Organisasi yang membantu kanak-kanak kurang upaya dengan mengadakan terapi menunggang kuda.
- Penaung untuk Sahabat Perpustakaan Negara Malaysia.
- Penaung bagi Perak Ladies Club di Selangor dan Kuala Lumpur.
- Presiden Pusat Seni Mempertahankan Diri Dunia
Kehidupan Peribadi
Raja Azureen telah melangsungkan perkahwinannya dengan Yang Berbahagia Dato' Seri Mohd Salleh bin Dato' Ismail, iaitu seorang pegawai bank merangkap perunding perniagaan, pada 8 September 1979 di Kuala Lumpur. Pasangan ini telah dikurniakan empat cahaya mata:
- Abdul Latiff bin Dato' Seri Mohd Salleh
- Azlin binti Dato' Seri Mohd Salleh
- Yang Berbahagia Datin Nurlin binti Dato' Seri Mohd Salleh
- Abdul Azim bin Dato' Seri Mohd Salleh
Salah seorang anakandanya, YBhg. Datin Nurlin berkahwin dengan kerabat diraja Perlis dan Selangor iaitu Yang Dimuliakan Dato' Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail, Engku Panglima Setia Diraja Selangor. Pasangan ini mempunyai seorang anakanda lelaki dan tiga anakanda perempuan.
Pasangan itu dikurniakan anakanda pertama bernama, YM Sharifah Nur Alara Budriah Jamalullail, diputerakan pada 9 Oktober 2014. Anakanda kedua mereka bernama YM Syed Azlan Salahuddin Putra Jamalullail, diputerakan pada 22 Julai 2016. Anakanda ketiga mereka, bernama YM Sharifah Nur Zahra Hatijah Jamalullail, diputerakan pada tahun 2019 dan anakanda keempat bernama YM Sharifah Nur Ilana Bainunsafia Jamalullail, diputerakan pada tahun 2020.
Anakanda
Nama |
Tarikh Lahir |
Tarikh Perkahwinan Sumai/Isteri |
Putera-Puteri Cucunda
|
Abdul Latiff |
12 Mei 1980 |
|
|
|
Azlin |
6 April 1981 |
|
|
|
YBhg. Datin Nurlin |
8 Ogos 1982 |
22 Disember 2012 |
YDM Dato' Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail (Engku Panglima Setia Diraja Selangor) |
YM Sharifah Nur Alara Budriah Jamalullail YM Syed Azlan Salahuddin Putra Jamalullail YM Sharifah Nur Zahra Hatijah JamalullaiL YM Sharifah Nur Ilana Bainunsafia Jamalullail
|
Abdul Azlin |
12 Jun 1989 |
|
|
|
Cucunda
- Yang Mulia Sharifah Nur Alara Budriah Jamalullail
- Yang Mulia Syed Azlan Salahuddin Putra Jamalullail
- Yang Mulia Sharifah Nur Zahra Hatijah Jamalullail
- Yang Mulia Sharifah Nur Ilana Bainunsafia Jamalullail
Terasul, gelaran dan darjah kebesaran
Beliau telah dikurniakan:
- Darjah Kerabat Azlanii Kelas Kedua (D.K.A. II)
- Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M., 19.4.1989) - Dato' Seri
Gelaran rasmi YTM Raja Azureen ialah:
Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Azureen binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, D.K.A. (II), S.P.C.M..[3]
Rujukan