Rafael William Struick (lahir 27 Mac 2003) ialah pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai pemain sayap kiri atau penyerang untuk kelab Eerste Divisie ADO Den Haag. Dilahirkan di Belanda, Struick bermain untuk pasukan kebangsaan Indonesia.
Kerjaya antarabangsa
Pada 19 November 2022, Struick tampil perdana dalam perlawanan bersama Indonesia B-20, dan menjaringkan gol pertamanya meskipun harus mengakui kemampuan penentang yaitu Slovakia B-20 dengan hasil akhir 1–2.[4] Dia boleh mendapat kewarganegaraan Indonesia kerana neneknya ialah etnik Jawa yang berpindah ke Suriname sebelum bermastautin di Belanda.[5] Jurulatih bola sepak Indonesia, Shin Tae-yong menyatakan dengan bangga bahawa Rafael Struick, Ivar Jenner, dan Justin Hubner ialah pemain naturalisasi untuk skuad semasa yang dilatihnya sebelum memulai perlawanan Piala Dunia B-20 FIFA.[6]
Pada 27 Mei 2023, Struick mendapat panggilan senior pertama semasa menentang Palestin and Argentina dalam perlawanan pertunjukan.[7][8] Dia tampil perdana saat bersemuka dengan skuad Palestin dengan mata yang berakhir seri 0–0.[9]
Pada 29 Ogos 2023, Struick mendapat panggilan untuk pasukan kebangsaan B-23 Indonesia dalam perlawanan kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2024 menentang Taipei China B-23. Pada kemenangan Indonesia yang fantastiko itu, Struick ikut menjaringkan gol bersama jaringan gol rakan-rakannya 9–0.[10]
Struick rasmi dipilih oleh Shin Tae-Yong untuk menyertai skuad semasa Indonesia dalam Piala Asia AFC 2023. Dia bermain dalam semua perlawanan di kejohanan itu. Pada bulan April 2024, Struick mendapatkan panggilan untuk menyertai pasukan kebangsaan Indonesia kembali ke Qatar bersama skuad semasa B-23. Pada 25 April 2024, Struick berjaya menjaringkan gol berani untuk menyamakan mata 2–2. Indonesia mampu bertahan dan memaksa penentangnya dalam duel sepakan penalti yang dimenangkan oleh Indonesia dengan hasil akhir 11–10.[11] Dia bersama dengan rakan-rakannya berjaya membawa pasukan kebangsaan Indonesia ke atas salah satu daripada pencapain terbaik negaranya sepanjang sejarah.
Kehidupan peribadi
Pada 22 Mei 2023, Struick rasmi bertukar kewarganegaraan dari Belanda ke Indonesia.[12]
Rujukan