Nama ini merupakan nama orang dalam
bahasa Cina; nama keluarganya ialah
Quek.
Tan Sri
Quek Leng Chan 郭令灿 |
---|
Kelahiran | 1941
Singapura |
---|
Kerakyatan | Malaysia |
---|
Pekerjaan | Pengerusi, Kumpulan Hong Leong Malaysia |
---|
Nilai bersih | ▲ AS$ 9.3 bilion (anggaran) (May 2020)[1] |
---|
Anak-anak | Tiga |
---|
Tan Sri Quek Leng Chan (lahir 1941) merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya dianggarkan di sekitar $9.3 bilion pada tahun 2020, menjadikan beliau orang kedua terkaya di Malaysia pada tahun tersebut.[1]
Kehidupan awal
Quek dilahirkan di Singapura pada tahun 1941. Beliau belajar di Sekolah Victoria di Singapura, dan kemudiannya pelajaran undang-undang di Middle Temple sebagai Barrister dalam bidang undang-undang.
Kerjaya perniagaan
Quek merupakan pemilik Kumpulan Hong Leong di Malaysia dan Kumpulan Guoco di Hong Kong.
Keluarga
Sepupunya adalah jutawan Singapura Kwek Leng Beng, yang mengetuai Hong Leong Group di Singapura.
Rujukan