Pusat Kesihatan Kuala Belait merupakan sebuah pusat kesihatan kerajaan yang terletak di Pekan Kuala Belait di Daerah Belait, Brunei. Ianya menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan umum kepada penduduk Mukim Kuala Belait dan Mukim Kuala Balai.[1] Pusat Kesihatan Kuala Belait ditempatkan di Hospital Suri Seri Begawan;[1] pusat kesihatan ini adalah khusus bagi perkhidmatan klinikal umum dan pesakit luar sahaja, sementara hospital tersebut adalah bagi perkhidmatan klinikal yang lebih khusus serta pesakit dalam.[2]
Lihat juga
Rujukan