Istilah ini sering digunakan di Malaysia untuk merujuk kepada lelaki yang berperwatakan feminin atau individu yang mengidentifikasi sebagai wanita, walaupun secara biologinya mereka dilahirkan sebagai lelaki.
• Ia kadangkala digunakan untuk transgender wanita (wanita trans) atau lelaki yang berperilaku feminin, tetapi istilah ini juga boleh mempunyai konotasi negatif atau menghina, bergantung kepada konteks penggunaannya.
Definasi
Queer
Masyarakat penutur bahasa Inggeris umum menggunakan istilah queer yang memayung asalnya bermaksud "pelik" atau "aneh" yang boleh melanjut kepada "perasaan tidak senang atau membingungkan atau mendatangkan syak",[1][2] ia turunan akar Proto-Jermanik *þwerhaz bererti "serong".[3] Semakin lama ia meluas dari takrifan sempit "gay atau lesbian"[4] kepada "tidak heteroseksual" atau tidak secenda jiwa (not cisgender).[4][5] Penulisan arus utama pada abad ke-20 menggunakan queer sebagai ungkapan menghina kepada lelaki yang dilihat berkelakuan melagak berlebihan (flamboyant).[6] Hal ini berubah pada tahun 1960an dan 1970an, apabila golongan aktivis LGBT negara-negara Barat menggunakan semula perkataan ini dengan konotasi yang meraikan (reclaim) dalam kegiatan berkaitan membincangkan keperluan khusus masyarakat mereka.[7][8][9]
Mengikut kajian, antara 5% hingga 20% golongan bukan heteroseksual di Amerika Syarikat menggunakan istilah queer] bagi diri mereka.[10] Walaupun demikian, [ masih ada yang kurang selasa dengan penggunaan queer] oleh sebab sejarah penggunaannya yang negatif terhadap golongan LGBT.[11]
Pondan
Pondan
Istilah pondan berasal daripada pinjaman bahasa Tamil பெண்டன் (peṇṭan), yang berakar kata பெண் (peṇ), bermaksud “perempuan”.
Pondan sering digunakan untuk merujuk kepada lelaki yang berperilaku feminin dari segi ekspresi gender mereka. Namun, istilah ini sering disalahgunakan oleh masyarakat, membawa konotasi negatif dan kekeliruan tentang identiti seseorang.
Pada tahun 2017, seorang pengusaha menamakan gerai nasi lemaknya sebagai Nasi Lemak Pondan. Sesetengah pihak melihat langkah ini sebagai usaha untuk menuntut semula istilah tersebut dan menghapuskan persepsi negatif masyarakat. Namun, terdapat juga mereka yang merasa kurang selesa dengan penggunaan istilah ini, kerana sejarah penggunaannya yang sering menghina. Gerai tersebut menjadi viral di media sosial, tetapi pengusaha tersebut menghadapi kecaman daripada masyarakat umum, termasuk pihak agama. Akibat tekanan, beliau terpaksa mengubah penampilannya kepada gaya yang lebih neutral untuk meredakan kritikan yang diterima.
Penjelasan ini bertujuan memberikan konteks sosial dan sejarah kepada penggunaan istilah pondan serta implikasinya dalam masyarakat.
Darai
"Darai" (Jawi: دارايcode: ms is deprecated , ejaan lamaداري) diertikan dalam kamus A Malay-English dictionary gubahan Richard James Wilkinson 1901 sebagai "wanita yang hilang syahwat" (sexual impotence in the female) sewarisan dengan darèě dalam bahasa Aceh dan darih dalam bahasa Jawa bererti "sida-sida".[12]
Darai selalunya digunakan bagi golongan perempuan transgender dalam konteks pejoratif atau yang menghina atau mengaibkan. Istilah yang lebih sesuai dan terhormat adalah perempuan transgender.
^"queer". Oxford English Dictionary. Oxford University Press. 2014.
^Ringe, Donald; Taylor, Ann (2014). The Development of Old English. Oxford University Press. m/s. 307. ISBN9780199207848. Rujuk juga pada kata Belandadwars yang seturunan:
M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "dwars (scheef)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank. Mnd. dwers; mhd. twerhes; ofri. thwer(e)s; oe. þweores (ne. (a)thwart) < [...] pgm. *þwerha- ‘dwars’.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
van Eysinga, Philippus Pieter Roorda (1824). "Dwars (ſcheef)". Nederduitsch en Maleisch woordenboek, onder goedkeuring en begunstiging der Hooge Regering van Nederlandsch Indië / Kitāb loghat ya’îtu kitāb mengatākan bahāsa nederland dān bahāsa melāyū. Batavia: Ter Landsdrukkerij. m/s. 83. سيرڠ sejrong...
Badings, A. H. L. (1901). "dwars". Nieuw Hollandsch-Maleisch, Maleisch-Hollandsch Woordenboek. Tjeenk Willink. m/s. 76 – melalui Delpher. – scheef, sérong
Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.