Pokok buah ialah sejenis pokok yang menghasilkan buah yang boleh dimakan atau digunakan oleh binatang dan manusia — semua pokok yang merupakan tumbuhan berbunga yang menghasilkan buat, di mana merupakan ovaribunga yang telah masak yang mengandungi satu atau lebih biji. Dalam kegunaan hortikultur, istilah "pokok buah" terhad kepada pokok yang menyediakan buah untuk makanan manusia. Jenis-jenis buah adalah dihuraikan dan diterangkan di tempat lain (lihat Buah), tetapi ia merangkumi juga "buah" dalam bidang masakan, begitu juga pokok yang menghasilkan kekeras, seperti walnat.[1]
Kajian saintifik dan pengusahaan buah-buahan disebut sebagai pomologi, yang mana ia membahagikan buah kepada kumpulan berdasarkan kepada morfologi dan anatomi buah. Sesetengah kumpulan ini ialah buah pom, yang mana termasuklah epal dan pear, dan buah pepauh, yang mana termasuklah pic/nektarin, badam, aprikot, plum dan ceri.[2]