Dalam astronomi, Pleiades (disebut [pléi.a.dés] Jawi: ڤلياديسcode: ms is deprecated ) atau Bintang Tujuh (Jawi: بينتڠ توجوهcode: ms is deprecated , Objek Messier 45) ialah sebuah kelompok bintangterbuka di burujTaurus. Ia merupakan kelompok bintang paling jelas dilihat dengan mata kasar, dan ia merupakan salah satu buruj yang terdekat dengan Bumi.
Kelompok tersebut didominasi oleh bintang-bintang biru panas yang terbentuk kurang dari 100 juta tahun yang lalu. Debu yang membentuk nebula pemantul di sekitar bintang-bintang terang awalnya dikira sebagai sisa-sisa pembentuknya (dari sini nama alternatif Nebula Maia diturunkan dari bintang Maia), namun sekarang diketahui bahwa nebula tersebut hanyalah awan debu medium antara najam yang kebetulan sedang dilintasi oleh kelompok ini. Kajian astronomi dilakukan terhadap buruj ini menganggarkan kelompok ini akan bertahan hingga sekitar 250 juta tahun lagi, setelah itu kelompok tersebut akan tercerai-berai disebabkan interaksi graviti dengan objek-objek berhampirannya.
Nama-nama dipakai
Pleiades yang merupakan nama saintifik diterima antarabangsa datangnya daripada nama Yunani: Πλειάδεςcode: el is deprecated iaitu anak-anak Pleione; seorang nimfa dalam mitologi Yunani.
Selain nama "Bintang Tujuh" yang paling lazim, namun terdapat juga nama setempat Melayu lain diberikan seperti Bintang Ketika, Bintang Puyuh dan Bintang Suraya (serapan Arab: الثرياcode: ar is deprecated ).[7]
Orang Jawa pula memanggil kelompok ini dalam bahasa mereka sebagai Lintang Wuluh (ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁꦮꦸꦭꦸꦃ, "Bintang Buluh"), Lintang Puyuh (ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁꦥꦸꦪꦸꦃ, "Bintang Puyuh", sama di atas) dan Lintang Yuyu (ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁꦪꦸꦪꦸ, "Bintang Ketam").[7]
Galileo Galilei merupakan ahli falak pertama mengamati gugusan ini melalui teleskop, beliau melakarkan pemerhatiannya dalam suatu buku diterbitkannya berjudul Sidereus Nuncius pada Mac 1610.
Kepercayaan mengikut budaya
Gugusan ini dapat diperlihatkan dalam kedudukan Hemisfera Utara ketika musim sejuk sehingga sejauh pertengahan Hemisfera Selatan, hal ini ada dicerminkan dalam banyak budaya dalam rangkuman ini seluruh dunia.[9]
Mitologi Yunani
Gugusan bintang ini dipercayai datang dari kisah di mana Pleione dan anak-beranaknya dalam pelayaran namun menyedari mereka diekori Orion. Zeus rasa kasihan akan mereka lalu menukar mereka menjadi bintang[10] - hal ini juga merupakan kefahaman daripada kedudukan gugusan ini yang beredar mendahului buruj lambang Orion.
Mitologi Hindu
Dalam astrologi Hindu (Jyotisha), gugusan Kartika (Sanskrit: कृत्तिका, rumi: Kṛttikācode: sa is deprecated ) adalah salah satu dari Nákṣatra iaitu penanda penanggalan dalam takwim Hindu. Dalam mitologi Hindu, dikisahkan bahwa Dewa Kartikeya dibesarkan oleh enam saudari yang dikenal dengan sebutan Kartika, disebabkan itu nama Kartikeya diberikan, yang bererti "dia yang dari Kartika". Menurut cerita dalam Mahabharata, Kartikeya adalah anak kepada dewa Agni dan dewi Swaha, setelah Swaha mewujudkan dirinya menjadi enam dari tujuh isteri dari para Saptaresi (buruj biduk besar) dan melakukan hubungan badan dengan Agni. Para Saptaresi yang mendengarkan kejadian ini menjadi meragukan kesucian isteri-isteri mereka, lalu menceraikan mereka. Enam janda bersaudari ini pun kemudian dikenali sebagai Kartika.
Mitologi Jepun
Orang Jepun mengenali gugusan ini dengan nama Subaru (昴/すばるcode: ja is deprecated ) atau Mutsuraboshi (六連星code: ja is deprecated , "enam bintang"); ia pertama kali dicatatkan dalam dokumen Kojiki bertarikh abad ke-6 Masihi.[11]
Nusantara
Masyarakat Kedah mengamati gugusan ini untuk mengira piama musim yang penting dalam kerja persawahan dan kenelayanan suatu ketika dahulu.[12]
Kedua-dua orang Melayu dan Aceh berkongsi penceritaan mengenai sebutir bintang dari tujuh segugus yang dikatakan gugur menghilang sehinggakan diabadikan dalam suatu rangkap pantun:[13][14]
Bintang tujuh tinggal enam Jatuh sebiji ke Majapahit Hilang sepuh nampak senam Baru tahu tuan tak baik
Orang Aceh percaya kemunculan gugusan ini pada waktu sama dengan terbenamnya Matahari merupakan petanda cuaca buruk melanda lautan.[13]
^Majaess, Daniel J.; Turner, David G.; Lane, David J.; Krajci, Tom (2011). "Deep Infrared ZAMS Fits to Benchmark Open Clusters Hosting delta Scuti Stars". Journal of the American Association of Variable Star Observers (Jaavso). 39 (2): 219. arXiv:1102.1705. Bibcode:2011JAVSO..39..219M.
^Nurul Fatini Jaafar; Ahmad Hakimi Khairuddin (2021). "Folk Astronomy of the Northern West Coast of Peninsula Malaysia". Dalam Orchiston, Wayne; Vahia, Mayank N. (penyunting). Exploring the History of Southeast Asian Astronomy: A Review of Current Projects and Future Prospects and Possibilities (dalam bahasa Inggeris). Cham: Springer International Publishing. m/s. 529–547. ISBN978-3-030-62777-5.
^ abHurgronje, C. Snouck (2019). Orang Aceh: Budaya, Masyarakat, dan Politik Kolonial. Yogyakarta: IRCiSoD. m/s. 540–542. ISBN978-602-7696-86-0.