Pisang kaki

Pisang Kaki
Buah pisang kaki Amerika
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies

Baca teks

Pisang kaki (Jawi: ڤيسڠ کاکي) dengan nama lainnya buah bedak atau buah teledong atau buah kesemek, kesmak atau kesemak[1] ialah sejenis spesis tumbuhan berbuah dalam genus Diospyros dalam famili kayu hitam (Ebenaceae). Perkataan Diospyros dalam bahasa Yunani Kuno bererti "buah dewa"[2]. Umumnya, buah pisang kaki adalah ringan, berwarna jingga kekuningan atau jingga kemerahan, dan berdiameter 1.5 hingga 9 cm (0.5 hingga 4 in), dan berbentuk sfera, buah oak, atau labu.[3] Lazimnya, buah yang dipetik mengekalkan sepalnya, tetapi menjadi lebih mudah ditanggalkan setelah cukup masak. Buahnya kaya dengan glukosa, dengan profil protein yang seimbang, serta memiliki pelbagai kegunaan perubatan dan kimia. Walaupun pisang kaki tidak dianggap sebagai "beri biasa", namun ia sebenarnya merupakan sejenis "beri sebenar".

Nama "pisang kaki" berasal dari perkataan kaki () dalam bahasa Jepun.[4]

Di pasaraya Australia, buah ini dikenali sebagai Fuyu Fruit. Pisang Kaki lebih tepat untuk Helicornia atau nama lainnya Pokok Sepit Udang. Kata Melayu yang sesungguhnya 'Pisang', Pisang keluarga dalam rumpun Pisang sebenar(Musa), halia, lengkuas, kantan(Etlingera), kunyit, temulawak, temuputih, temumangga, cekur, picang, pelaga/kapulaga, lengkuas(Galangal), pisang kipas (Traveller's Palm), pokok bunga cenderawasih/Bird of Paradise(Strelitzia), ubi gayong(Canna), Pokok Benbam/Ubi Garut(Marantaceae) dan lain-lain. Kekeliruan akan terjadi antara Pisang daun dan batang pokoknya yang sama dalam Order Zingiberales. Nama Pokok kesemak atau Pokok teledong lebih tepat. Bukannya PIsang. contoh lain kalau dimasa hadapan jika dua nama yang bentuk dan spesis berlainan dengan nama sama iaitu Durian seperti Pokok Durian dan Pokok Durian Tangan, Durian seperti Pokok atau Pohon biasanya, dan Durian Tangan seperti Pokok Keladi atau Paku Pakis, ini mengelirukan dan sangat tidak baik dan benar untuk Bahasa Melayu. tetapi Pisang Kaki lebih popular walapun ramai yg akan fikikr Pisang itu adalah Banana('Musa', Musella dan Ensete, dalam keluarga Musaceae).Black footbanana/Pisang Kaki Hitam, Japanese Footbanana/Pisang Kaki Jepun, American Footbanana/Pisang Kaki Amerika[5]

Rujukan

  1. ^ "Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Dicapai pada 2011-3-2. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ Persimmons: Fruit of the Gods Retrieved on 2009-01-17.
  3. ^ Carley Petersen and Annabelle Martin. "General Crop Information: Persimmon". University of Hawaii, Extension Entomology & UH-CTAHR Integrated Pest Management Program. Dicapai pada 2007-01-15.
  4. ^ "pisang kaki". Kamus Dewan Perdana. 2020. Dewan Bahasa dan Pustaka
  5. ^ Americas (dalam bahasa Inggeris), 2024-08-29, dicapai pada 2024-09-13
  6. ^ "Persimmon Fruit Facts". California Rare Fruit Growers, Inc.,. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-25. Dicapai pada 2007-01-15.CS1 maint: extra punctuation (link)
  7. ^ "Nutrition Facts Comparison Tool". Healthaliciousness.com. 2008. Dicapai pada 2008-12-03.
  8. ^ "Health Benefits Of Persimmon". Stylecraze.com. 2013.