Filem ini filem cetera keluaran Disney pertama dikelaskan PG-13 oleh MPAA. Ia juga mendapat sambutan kritis positif kerana persembahan lakonan, jalan cerita serta aksi penuh lagak ngerinya. Johnny Depp terutamanya mendapat pujian kerana lakonannya sehingga dicalonkan dalam Anugerah Akademi, Akademi Seni Filem dan Televisyen Britain dan Anugerah Golden Globe serta melonjaknya masyhur.
Jalan cerita
Anak perempuan seorang gabenor kota pelabuhan Port Royal, Jamaica mula mendatangkan perhatian banyak lanun-lanun sekitar suatu kapal berhantu yang disumpah penangan suatu pingat emas aneh yang dijumpainya.
Barisan pelakon
Johnny Depp sebagai Jack Sparrow: seorang lanun eksentik dan gila-gila. Depp mendasarkan wataknya menyamakan reputasi lanun-lanun zaman abad ke-18, beliau kemudiannya membentuk watak Jack dari perwatakan Keith Richards.[2]
Geoffrey Rush sebagai Barbossa: kapten Black Pearl, berikutan suatu dahagi menentang Jack Sparrow di kapalnya
Orlando Bloom sebagai Will Turner: anak didik seorang tukang besi bekerja di Port Royal, dia jatuh hati kepada Elizabeth Swann.
Keira Knightley sebagai Elizabeth Swann: anak seorang gabenor memerintah Port Royal serta protagonis utama filem
Greg Ellis sebagai Officer: seorang pegawai Tentera Laut bawahan Norrington.
Sambutan
Penerimaan kritis
Laman penghimpun ulasan Rotten Tomatoes memberi penggredan 79% berdasarkan 219 ulasan diberikan serta rating purata 7.11/10.[4]Metacritic pula memberikan skor purata 63 peratus 100 berdasarkan 40 ulasan positif.[5] Penonton dipilih CinemaScore memberikan gred "A" dalam skala dari A+ hingga F.[6]
Kutipan panggung
Ramai wartawan menjangkakan pada awalnya Pirates of the Caribbean akan gagal untung kerana beberapa faktor: genre pengembaraan lanun yang dianggap sukar menawan hati penonton lagi-lagi dengan kegagalan Cutthroat Island (1995) yang bergenre sama, cerita berdasarkan suatu taman temanya yang dianggap leceh serta taraf Johnny Depp yang kurang menonjol dalam filem sembarangan selain yang mendapat peminat berdedikasi.[7]
Filem ini memungut sebanyak $46,630,690 pada hujung minggu pertamanya dan $70,625,971 sejak pembukaan pada hari Rabu; sebanyak 50.64 juta tiket terjual se-Amerika Syarikat menurut Box Office Mojo.[8]. Ia mengutip USD$654,264,015 seluruh dunia ($348,850,097 luar A.S), lalu menjadi filem keempar paling laris 2003 bertahan selama tujuh minggu[9]