Pipit kedidi hutan atau kedidi air hutan (Dendronanthus indicus) ialah spesies burung kicau berukuran sedang dalam keluarga pipit kedidi, Motacillidae. Ia ada bulu tersendiri yang mengasingkannya daripada pipit kedidi lain dan ada kelakuan menggoyangkan ekornya ke sisi bukan seperti pergerakan biasa ke atas dan ke bawah bagi spesies pipit kedidi lain.
Ia satu-satunya spesies pipit kedidi yang bersarang di atas pokok. Ia banyak dijumpai di habitat berhutan, membiak di bahagian Asia timur beriklim sedang, dan bermusim sejuk merentasi Asia tropika dari India ke Indonesia. Ia turut dipanggil pipit rimba.
Ciri-ciri
Pipit kedidi hutan ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh pipit kedidi hutan tidak bergigi.
Makanan
Pipit kedidi hutan makan serangga dan buah-buahan
Pembiakan
Pipit kedidi hutan membiak dengan bertelur. Telur pipit kedidi hutan bercengkerang keras.
Habitat
Ia ditemukan di kawasan hutan.
Rujukan
Pautan luar