Pilihan raya kecil
Permatang Pauh 2015|
|
|
|
Terdaftar | 71,890 |
---|
Pengundi hadir | 53,145 |
---|
|
|
Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2015 diadakan pada 7 Mei 2015 dan hari penamaan calon pada 25 April 2015. Pilihan raya kecil itu dibuat berikutan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan ketua pembangkang itu. Pilihan raya kecil Rompin 2015 juga diadakan setelah kematian ahli parlimennya Tan Sri Jamaluddin Jarjis.[1]
Pada 8 April 2015, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memaklumkan bahawa terdapat seramai 71,890 pengundi.[2] 627 pengundi akan mengundi pada hari pengundian awal yang akan berlangsung pada 3 Mei 2015. Tarikh mengundi awal khusus untuk anggota keselamatan serta pasangan masing-masing. Tarikh tutup permohonan Undi Pos (luar negara) pada 25 April dan tarikh tutup permohonan Undi Pos (dalam negara) pada 27 April.[3][4]
Punca pilihan raya kecil
PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Persekutuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh [5] SPR telah menerima notis rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 1 April 2015.
PRK kali ini 'luar biasa' kerana buat pertama kalinya SPR menguruskan PRK itu disebabkan sabitan mahkamah. Sebelum ini keperluan mengadakan PRK iaitu berdasarkan peruntukan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah berpunca daripada berlakunya kematian atau peletakan jawatan.[6]
Prestasi lalu
Anwar Ibrahim (PKR) menang besar dalam Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) di Permatang Pauh dengan majoriti 11,721 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Dr Mazlan Ismail dan calon Bebas Dr Abdullah Zawawi Samsudin. Anwar mendapat 37,090 undi manakala Mazlan dan Dr. Abdullah masing-masing memperoleh 25,369 dan 201 undi.
PRK Permatang Pauh adalah pilihan raya kecil ke-10 selepas pilihan raya umum ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.
Sembilan pilihan raya kecil sebelum ini adalah PRK Dun) Kuala Besut, Terengganu (24 Julai 2013); PRK Dun Sungai Limau, Kedah (4 Nov 2013); PRK Dun Kajang, Selangor (23 Mac 2014); PRK Dun Balingian, Sarawak (29 Mac 2014); PRK Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang (25 Mei 2014); PRK Parlimen Teluk Intan, Perak (31 Mei 2014); PRK Dun Pengkalan Kubor, Kelantan (25 September 2014); PRK DUN Chempaka, Kelantan (22 Mac 2015); dan PRK Parlimen Rompin (5 Mei 2015).[7]
Maklumat awal
Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam akan dijadikan pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi. Sebanyak 26 pusat mengundi akan dibuka dengan Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dijadikan pusat pengundian awal dan 25 buah sekolah lagi dengan 132 saluran dibuka pada hari pengundian biasa. Tempoh berkempen selama 12 hari.
Seramai 1,110 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanja sebanyak RM1,973,816.
Daftar Pemilih Induk 2013 akan digunakan untuk PRK Permatang Pauh .Daftar pemilih tambahan suku ketiga 2014 yang dikemaskini sehingga 1 April 2015 turut digunakan. Daftar pemilih itu akan mula dijual pada 18 April.
Jusni Ismail, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan 6 penolong pegawai dilantik bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen. Enam pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya yang diketuai seorang pegawai penguatkuasa bagi setiap pasukan.
Statistik SPR 2015 mendapati , pengundi berusia 30-39 tahun merupakan bilangan pengundi terbanyak di Permatang Pauh mewakili 16,544 pengundi atau 23.01%. Pengundi berusia 40-49 tahun mewakili 16,496 atau 22.95% dan kumpulan ketiga ialah pengundi berusia 50-59 tahun yang mewakili 14,613 atau 20.33%.
Calon-calon
Pertandingan empat penjuru melibatkan calon BN, Suhaimi Sabidi; calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; calon Parti Rakyat Malaysia, Azman Shah Othman dan wakil Bebas, Salleh Isahak. Seorang calon Bebas, Dr Abdullah Zawawi Samsudin (47 tahun) yang mengumumkan akan bertanding telah menarik diri dengan alasan sudah ada calon Bebas lain bertanding.[8] Dr Abdullah Zawawi pernah bertanding pada 2013 tetapi tewas, hilang deposit kerana hanya mendapat 201 undi.
Penamaan calon berjalan lancar di Pusat Penamaan Calon PRK Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam di Berapit, Pulau Pinang.
Sinar Harian pada 22 April 2015 melaporkan bahawa Badrul Abdul Rahman (PAS Permatang Pauh) memaklumkan mengundi calon PKR hukumnya adalah haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud. Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan mendesak PKR dan pemimpinnya menarik balik semua bantahan dan penghinaan terhadap hudud.[9]
Keputusan
Lihat juga
Rujukan
|
---|
Pilihan raya umum | |
---|
Pilihan raya negeri | Negeri/Tahun | |
---|
Keputusan undian | |
---|
|
---|
Pilihan raya kecil | |
---|
|