Philippine Arena ialah arena tertutup terbesar di dunia.[4] Ia merupakan arena tertutup serbaguna dengan kapasiti tempat duduk maksimum 55,000 di Ciudad de Victoria, zon perusahaan pelancongan seluas 140 hektar di Bocaue dan Santa Maria, Bulacan, Filipina[5] kira-kira 30 kilometer di utara Manila. Ini merupakan salah satu pusat dari banyak projek abad[6]Iglesia Ni Cristo (INC) untuk perayaan seratus tahun mereka pada 27 Julai 2014.[7] Pemilik arena yang sah ialah institusi pendidikan INC, New Era University.[8]
Dalam media popular
Philippine Arena ditampilkan dalam sebuah filem dokumentari yang berjudul Man Made Marvels: Quake Proof. Filem ini ditayangkan pada 25 Disember 2013 di Discovery Channel dan berfokus pada pembinaan struktur di Filipina yang lebih aman dari bencana alam pada umumnya, seperti gempa bumi dan ribut taufan.[9]
Sambutan
Pada 27 Julai 2014, Guinness World Records mengiktiraf arena ini sebagai teater tertutup serba guna terbesar.[10]
^Ciudad de Victoria menjangkau kawasan yang ditadbir oleh dua bandar. Namun menurut laman web rasmi, alamat arena hanya menyebutkan kota Bocaue dan menghilangkan kota Santa Maria.[1]
Rujukan
^"Contact". Philippine Arena. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 July 2019. Dicapai pada 19 December 2016. The Philippine Arena • Ciudad De Victoria, Bocaue Bulacan, Philippines
^Salud, Joel Pablo (November 5, 2012). "Dawn of the New Guard". Philippine Graphic(magazine)|format= requires |url= (bantuan). Makati City, Philippines: T. Anthony C. Cabangon. 23 (23): 23. OCLC53164818.