Petua Kagemni ialah teks bidalan dan pedoman Mesir purba yang tergolong dalam genre sebayt ('pengajaran'). Walaupun bukti terawal penyusunannya berasal dari Kerajaan Tengah Mesir, pengarangnya secara tradisional, namun diragui, dikaitkan kepada Kagemni,[1] seorang wazir yang berkhidmat semasa pemerintahan Firaun Sneferu (memerintah 2613–2589 SM), pengasas Dinasti Keempat (Kerajaan Lama).
Penarikhan
Sumber Petua Kagemni paling awal yang diketahui ialah Papirus Prisse.[2] Teks ini berasal dari dinasti kedua belas Kerajaan Tengah Mesir (mungkin pada masa pemerintahan Amenemhat II dari 1929 SM hingga 1895 SM, atau kemudian sedikit pada dinasti kedua belas).[3] Ia ditulis dalam bahasa Mesir Tengah dan dalam gaya hieratik berangkai kuno.[3]
Kandungan
Hanya penghujung teks itu yang terselamat; pada Papirus Prisse, ia diikuti dengan versi lengkap Pepatah Ptahhotep.[4] Tidak diketahui berapa banyak teks dari permulaannya yang hilang.[5] Kagemni, yang disebut dalam teks sebagai wazir Sneferu, mungkin berdasarkan wazir lain bernama Kagemni yang hidup semasa dinasti keenam Mesir.[5] Kagemni dibayangkan sebagai murid daripada guru nilai-nilai murni dalam teks itu dan telah dianjurkan oleh para sarjana bahawa bapa beliau ialah Kaire, seorang guru yang disebut dalam Madah Penulis-penulis Mati era Ramesses (Papirus Chester Beatty IV).[6] Walaupun teks itu dikatakan dikarang oleh Kagemni, teks-teks hikmah Mesir purba biasa dipalsukan pengarangnya ialah tokoh-tokoh sejarah yang berprestij dari zaman dahulu.[7]
Sebagai buku pedoman dan nasihat berguna untuk anak seorang wazir, Petua Kagemni serupa dengan Pepatah Ptahhotep. Ia berbeza daripada teks pengajaran kemudiannya seperti Petua Amenemope, yang menekankan ketakwaan, dan Petua Amenemhat, yang William Simpson (seorang profesor emeritusMesirologi di Universiti Yale) panggil "karya politik yang dilantungkan dalam bentuk petua."[8]Kagemni menasihatkan bahawa seseorang harus bersederhana sambil mengelakkan dua perkara: angkuh dan tamak.[9] Dalam Kagemni, "lelaki pendiam" yang rendah diri, tenang dan mengawal dirinya dianggap yang paling murni; orang begini dibezakan dengan orang yang berlawanan dengannya, "lelaki baran", dalam Amenemope.[10] Menurut Miriam Lichtheim, "lelaki pendiam" murni yang mula-mula diceritakan dalam Kagemni "ditakdirkan untuk memainkan peranan utama dalam moral Mesir."[11]
Lichtheim, Miriam. (1996). "Sastera didaktik" dalam Kesusasteraan Mesir Purba: Sejarah & Bentuk . Disunting oleh Antonio Loprieno. Leiden: EJ Brill. ISBN90-04-09925-5.
Parkinson, RB (2002). Puisi dan Budaya di Kerajaan Tengah Mesir: Sisi Gelap kepada Kesempurnaan . London: Continuum.ISBN0-8264-5637-5 .
Simpson, William Kelly. (1972). Kesusasteraan Mesir Purba: Antologi Cerita, Arahan, dan Puisi . Disunting oleh William Kelly Simpson. Terjemahan oleh RO Faulkner, Edward F. Wente, Jr., dan William Kelly Simpson. New Haven dan London: Yale University Press.ISBN0-300-01482-1 .
Battiscombe Gunn . (1906), "THE WISDOM OF THE EAST, THE INSTRUCTION OF PTAH-HOTEP AND THE INSTRUCTION OF KE'GEMNI: THE OLDEST BOOKS IN THE WORLD", LONDON, JOHN MURRAY, ALBEMARLE STREET, 1906, https://www.gutenberg .org/files/30508/30508-h/30508-h.htm
Bacaan lanjut
Erman, Adolf . (2005). Ancient Egyptian Literature: A Collection of Poems, Narratives and Manuals of Instructions from the Third and Second Millennia BC. Diterjemah oleh Aylward M. Blackman. New York: Cambridge University Press. London: Kegan Paul Limited.ISBN0-7103-0964-3ISBN0-7103-0964-3 .
Gardiner, Alan H. "The Instruction to Kagemni and his brothers.", Journal of Egyptian Archaeology, London, 32, 1946, hlm. 71–74.