Pertubuhan Pembangunan dan Penyelidikan Pertahanan (DRDO) (Hindi: रक्षा अनुसंधान एवं विकास संगठनcode: hi is deprecated , Rakṣā Anusandhān evaṃ Vikās Sangaṭhan) merupakan salah sebuah kontraktor pertahanan dan pengeluar aeroangkasa yang terbesar di Asia. Ia berpangkalan di New Delhi, India. DRDO telah ditubuhkan pada tahun 1958 dengan penggabungan Technical Development Establishment, Lembaga Pengarah Pembangunan dan Pengeluaran Teknikal dan Pertubuhan Sains Pertahanan.
DRDO memiliki 51 buah jaringan makmal yang terlibat secara mendalam di dalam pembangunan teknologi-teknologi pertahanan yang merangkumi pelbagai disiplin seperti aeronautik, persenjataan, sains komputer dan elektronik, pembangunan sumber manusia, sains hayat, bahan, peluru berpandu, pembangunan kenderaan tempur dan penyelidikan dan pembangunan laut. Pertubuhan ini mengandungi lebih daripada 5,000 orang saintis dan kira-kira 25,000 orang kakitangan sokongan, teknikal dan saintifik.