Pertempuran Quebec (bahasa Inggeris: Battle of Quebeccode: en is deprecated , Perancis: Première bataille de Québeccode: fr is deprecated ), adalah suatu pertempuran penting dalam Perang Tujuh Tahun (dirujuk sebagai Perang Perancis dan India untuk menggambarkan teater Amerika Utara) yang bermula pada 13 September 1759, antara Tentera Darat dan Tentera Laut DirajaGreat Britain melawan Tentera DaratPerancis merebut kekuasaan kota Quebec dengan penglibatan sebanyak 10,000 buah pasukan tentera. Pertempuran ini menjadi detik penentuan kedua-dua kuasa besar ini ke atas Perancis Baru, serta kemudiannya mempengaruhi pembentukan negara gabungan Kanada yang moden.
Ia turut mendapat nama sebagai Pertempuran Dataran Abraham (bahasa Inggeris: Battle of the Plains of Abrahamcode: en is deprecated , Perancis: Bataille des Plaines d'Abrahamcode: fr is deprecated ) sempena kawasan di mana peperangan ini mula meletus di sebidang tanah besar milik Abraham Martin, seorang petani yang menetap di luar kota Quebec.
Faktor penyebab
Peletusan
Serangan pertama
Secara keseluruhannya, pihak Perancis dipimpin Louis-Joseph de Montcalm mempunyai seramai 13,390 orang anggota merangkumi pasukan-pasukan biasa, Troupes de la Marine dan militia yang berpangkalan di Bandar Raya Quebec dan sepanjang pantai Beauport serta juga 200 pasukan berkuda, 200 meriam (termasuk senjata Quebec), 300 orang pahlawan peribumi (kebanyakan berbangsa Odawa pimpinan Charles de Langlade[4]) dan 140 tentera relawan Acadia, namun kebanyakan pasukan ini tidak terlibat dalam tindakan tersebut. Pihak British pimpinan James Wolfe pula terdiri daripada seramai 7,700 orang askar tetap. .
Pada pagi 13 September, tentera Wolfe membentuk barisan pertama membelakangi sungai St. Lawrence dan bergeraj serata dataran memanjang dari sebelah kanannya di cenerung sungai tersebut manakala sebelah kirinya bersebelaham hutan tebal di tepi sungai St. Charles. Sementara angkatan tetap Perancis mendekati Beauport dan Quebec, militia Kanada dan penembak tepat peribumi menyerang sayap kiri British, dari perlindungan hutan tebal mereka sehingga mereka berjaya mengepung jambatan yang merentasi Sungai St. Charles. [5]
Ketika tentera Perancis tiba dari Beauport, Montcalm segera memutuskan untuk mengusir pihak British dari kedudukan mereka dengan menyerang cepat. Oleh itu, beliau mengarahkan tentera Perancis yang berada dalam dan berhampiran Quebec City agar menyerang terus tanpa menunggu bantuan tambahan dari pantai Beauport. Beliau menyusun kira-kira 3,500 tentera dalam posisi mereka. Pada kira-kira 10 pagi, Montcalm menunggang kuda hitamnya sambil menghunus pedang mengarahkan barisannya menyerang ke arah pihak British.[6] memerintahkan kemajuan umum di garisan British.
Sambil pihak Perancis segera mara ke arah barisan-barisan British, Wolfe mengarahkan pusat barisan mereka yakni rejimen infantri ke-43 dan ke-47 - untuk menahan dari menembak sehingga pihak Perancis segera mendekati dalam jarak 30 ela (27 m). Setelah pihak Perancis melepasi jarak inilah Wolfe mengarahkan tembakan dilepaskan pada jarak dekat.
Kematian James Wolfe
Wolfe yang didudukkan dalam Grenadir Kaki ke-28 dan Louisbourg mara ke suatu bukit untuk memerhatikan pertempuran meskipun cedera sedikit. Sebaik sahaja Wolfe memberi arahan menembak, dua das tembakan diperhatikan (menurut seorang relawan Louisbourg bernama James Henderson yang menyaksikan dari sebuah bukit) mengenai Wolfe - satu das di perut dan satu das di dada. [7][8] Knox menulis bahawa salah seorang askar berhampiran Wolfe menjerit "Mereka berlari, lihat bagaimana mereka berlari." Wolfe yang tersungkur mula membuka matanya dan bertanya siapa yang lari ini; setelah dimaklumkan bahawa orang Perancis telah dipecah belahkan, beliau memberi seberapa perintah, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya sambil mengiring berkata, "segala puji bagi Tuhan, kini saya akan pergi dengan damainya".[nota 1]
Kematian Wolfe serta kecederaan ditimpa beberapa pegawai utama lain menyebabkan tentera British menjadi sedikit tidak terurus dalam tindakan membalas tentera Perancis yang mula berundur. Fraser Highlanders ke-78 telah diarahkan oleh Brigadier-Jeneral James Murray untuk mengejar askar-askar Perancis dengan pedang mereka, tetapi telah bertemu di dekat bandar itu oleh api berat dari bateri terapung yang meliputi jambatan di Sungai St. Charles serta militia yang kekal di pokok. Pasukan ke-78 mengambil jumlah tertinggi kesemua unit British dalam peperangan itu. [10]
Semasa Montcalm berundur dalam tunggangannya, suatu tembakan kaleng dari artileri British atau senapang musket mengenai pada abdomen dan paha bawahnya. Beliau dapat kembali ke bandar, tetapi luka-lukanya parah sehingga beliau terkorban akibat ia pada waktu pagi keesokan harinya.[11] Beliau dikebumikan dalam suatu rongga bekas bedilan British di lantai gereja Ursuline. [12]
Peleraian
Pertempuran menjejaskan sebilangan orang yang sama di kedua-dua belah pihak - sebanyak 644 orang yang terbunuh atau cedera di pihak Perancis sementara 658 orang askar British yang terbunuh atau cedera. [13]
Di Montréal pada bulan September, Lévis dan 2,000 askar telah berhadapan dengan 17,000 tentera British dan Amerika. Pihak Perancis menyerah diri pada 8 September 1760 lalu memberikan peluang kepada pihak British mengepung Montreal.