Persidangan Gereja (Ecumenical council) ialah sebuah persidangan para biskopGereja yang diadakan untuk membincang dan menyelesaikan permasalahan doktrin dan amalan Gereja. Perkataan ekumenikal berasal daripada bahasa Yunani "Οικουμένηcode: grc is deprecated ", yang secara harfiah bererti "dihuni", dan pada asalnya merupakan satu kata-kata yang merujuk pada wilayah Empayar Rom memandangkan persidangan terawal semuanya dicetuskan oleh maharaja Rom. Dalam penggunaan terkemudian, ia digunapakai dalam bentuk yang lebih umum untuk mengertikan semua tempat yang dihuni manusia, oleh sebab itu "seluruh dunia" atau "umum". Penerimaan terhadap persidangan-persidangan bersejarah berbeza-beza antara mazhab Kristian.
"Seluruh Gereja" terbentuk oleh kebanyakan golongan Kristian Ortodoks TImur yang memasukkan semua bidang kuasa Ortodoks Timur ke dalam perhubungan penuh dengan setiap yang lainnya. Ini tidak melibatkan golongan Roman Katolik/Gereja-gereja Katolik Timur, dan juga Gereja-gereja Ortodoks Orient. Ketika sebilangan penganut Ortodoks Timur hanya akan melihat sesuatu persidangan itu sebagai bersifat kegerejaan penuh jika ia membabitkan semua ketua-ketua gereja zaman dahulu, termasuklah Rom, ini bukanlah pandangan jumhur golongan Ortodoks Timur. Begitu juga dengan pihak Roman Katolik yang mentakrifkan "seluruh gereja" sebagai "hanya" mereka yang berada dalam bidang kuasa penuh Uskup Rom. Sekali lagi, sesetengah penganut Roman Katolik merasakan perlunya memasukkan Gereja-gereja Timur dalam persidangan gereja, dalam erti kata penuh dan wajar. Sebagaimana yang disebutkan Paus John Paul II, Gereja perlu bernafas "dengan dua peparunya" (merujuk pada Upacara Timur Gereja Katolik dalam kesatuan dengan Rom). Pertemuan-pertemuan yang lebih bersifat tempatan juga kadang kala disebut sebagai "synod", tetapi perbezaan antara synod dan persidangan tidak begitu besar dan ketara. Walau bagaimana pun, kedua-dua belah pihak, dan ramai golongan Protestan, mengiktiraf kesahihan "Tujuh Persidangan Gereja", dengan pengecualian Persidangan Quinisext yang ditolak oleh penganut Roman Katolik tetapi dianggap sebagai sebahagian daripada Persidangan ke-6 oleh golongan Ortodoks Timur.
Perkataan Yunani "synod" (σύνοδοςcode: grc is deprecated ) berasal daripada "syn" (dalam bahasa Yunani: σύν; in bahasa Inggeris: bersama-sama) dan "odos" (dalam bahasa Yunani οδος; dalam bahasa Inggeris: jalan), jadi sebuah synod adalah kedatangan bersama beberapa orang yang berkongsi satu unsur yang serupa, dalam kes ini para biskop Kristian.
Perbuatan Para Rasul mencatatkan Persidangan Jerusalem menumpukan ketegangan antara mengekalkan amalan Yahudi dalam masyarakat penganut Kristian awal dengan saudara baru golongan Gentile. Walaupun keputusan-keputusannya diterima oleh semua penganut Kristian[1] dan takrifan-takrifan terkemudian persidangan gereja kelihatan selaras dengan satu-satunya Persidangan biblikal ini, tiada gereja Kristian yang memasukkannya ketika membuat penomboran persidangan-persidangan gereja.
Persidangan Chalcedon (451); tidak mengakui doktrin monofisitismeajaran Eutyches yang menggambarkan dan menggariskan dua zat al-Masihsebagai manusia dan tuhan; menerima pakai Pengakuan Iman Chalcedon. Bagi mereka yang menerimanya, ia adalah Persidangan Gereja Keempat (menamakan persidangan sebelumnya yang ditolak oleh persidangan ini sebagai "Synod Perompak"). Persidangan ini dan semua persidangan berikutnya tidak diiktiraf oleh Kommunion Ortodoks Orient. Persidangan ini tidak diterima oleh golongan Katolik sehinggalah Persidangan Lyon Kedua (1274).
5.Persidangan Constantinople Kedua (553); mengesahkan keputusan-keputusan dan doktrin-doktrin yang dihuraikan oleh persidangan-persidangan sebelumnya, mengutuk tulisan-tulisan pengikut baru Arius, Nestor dan Monofisit, mendekrikan Theopaschite Formula.
Persidangan Quinisext (= Kelima dan Keenam) atau Persidangan di Trullo (692); lebih kepada persidangan pentadbiran yang mengangkat beberapa hukum gereja tempatan ke status gereja, menubuhkan prinsip-prinsip disiplin pendeta, dan menumpukan kanun Alkitab. Ia tidak dianggap sebagai satu persidangan dapat berdiri penuh di atas haknya sendiri kerana ia tidak memutuskan permasalahan doktrin. Persidangan ini diterima oleh Gereja Ortodoks Timur sebagai sebahagian daripada Persidangan Constantinople Ketiga, tetapi ditolak oleh golongan Roman Katolik.
7.Persidangan Nicaea Kedua (787); pengembalian penghormatan terhadap ikon dan penamat ikonoklasme. Ia ditolak oleh beberapa mazhab Protestan yang sebaliknya lebih mengutamakan Persidangan Hieria (754) yang juga menggambarkan dirinya sebagai Persidangan Gereja Ketujuh dan telah mengutuk penghormatan terhadap ikon.
^Karl Josef von Hefele's commentary on canon II of Gangra notes: "We further see that, at the time of the Synod of Gangra, the rule of the Apostolic Synod with regard to blood and things strangled was still in force. With the Greeks, indeed, it continued always in force as their Euchologies still show. Balsamon also, the well-known commentator on the canons of the Middle Ages, in his commentary on the sixty-third Apostolic Canon, expressly blames the Latins because they had ceased to observe this command. What the Latin Church, however, thought on this subject about the year 400, is shown by St. Augustine in his work Contra Faustum, where he states that the Apostles had given this command in order to unite the heathens and Jews in the one ark of Noah; but that then, when the barrier between Jewish and heathen converts had fallen, this command concerning things strangled and blood had lost its meaning, and was only observed by few. But still, as late as the eighth century, Pope Gregory the Third 731 forbade the eating of blood or things strangled under threat of a penance of forty days. No one will pretend that the disciplinary enactments of any council, even though it be one of the undisputed Ecumenical Synods, can be of greater and more unchanging force than the decree of that first council, held by the Holy Apostles at Jerusalem, and the fact that its decree has been obsolete for centuries in the West is proof that even Ecumenical canons may be of only temporary utility and may be repealed by disuser, like other laws."