Persekutuan Catur Antarabangsa atau Persekutuan Catur Dunia,[1][2] atau biasa dirujuk dengan akronim bahasa Perancisnya FIDE (Fédération internationale des échecs)[3] ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang berpangkalan di Switzerland, yang menghubungkan pelbagai persekutuan catur kebangsaan dan bertindak sebagai badan induk pertandingan catur antarabangsa. FIDE diasaskan di Paris, Perancis pada 20 Julai 1924.[4] Motonya ialah Gens una sumus, bahasa Latin untuk 'Kita Sebuah Keluarga'. Pada tahun 1999, FIDE telah diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Setakat Mei 2022, terdapat 200 anggota persekutuan FIDE.[5]